Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seorang Ibu Berjaya Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 6.07kg Tanpa Ambil Sebarang Suntikan Epidural, Lahirkan Anak Secara Normal

12 Apr 2017
No Comment

MELBOURNE, AUSTRALIA: Seorang wanita dari sini telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 6.07kg dan apa yang lebih menarik bayinya itu dilahirkan tanpa suntikan epidural di Hospital Mercy,Januari lalu lapor Daily Mail.

Natashia Corrigan telah memuatnaik kelahiran anaknya itu ke laman Facebook namun tidak menyangkan ianya telah menjadi tular, baru-baru ini.

“Susah untuk percaya semua kekecohan yang berlaku hari ini, saya tidak menyangka kami sekeluarga mendapat perhatian kerana kelahiran anak lelaki ‘besar’ saya.

“Impian saya adalah untuk mendapat bayi yang ‘besar’. Tak sangka akhirnya saya dapat apa yang diinginkan,” katanya.

Brian Liddle Jr. dilahirkan pada 24 Januari merupakan anak ketiga Corrigan, sebelum ini kedua-dua anak perempuannya turut mempunyai saiz yang besar bagi seorang bayi.



Bagaimanapun kelahirkan Brian itu tidak berjaya memecahkan rekod bayi terberat sebelum ini namun apa yang menarik ianya dilahirkan tanpa sebarang suntikan epidural semasa bersalin dan dilahirkan secara normal.

“Rasanya saya masih lagi terkejut kerana bersalin secara normal namun sewaktu proses bersalin tersebut, saya hanya memikirkan perkara positif dan bernafas secara dalam untuk mengharungi kesakitan itu,” katanya lagi. - Siakapkeli.my

Tonton video bayi berkenaan di SINI
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "