Bagi mereka yang berkira-kira, atau masih tidak tahu ingin ke mana pula, apa kata, jika anda melancong ke kota London.
Menerusi perkongsian dari saudara Zaid Traveler yang juga seorang pengembara, telah kongsikan beberapa tip dalam merancang perjalanan ketika di London.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Foto: atomtravel
1- Guna Oystercard lebih jimat, boleh naik tube dan bas tanpa had. Anda juga boleh buat pre order di laman web Oystercard, boleh hantar ke seluruh dunia, best kan, belum sampai London lagi dah ada kad Oyster. Dapat ambil feel dulu sebelum sampai.
2- Kanak-kanak umur bawah 11 tahun tak perlu beli Oyster Card jika travel dengan orang dewasa, boleh naik percuma.
3- Nak cari makanan halal murah boleh pergi ke London Central Mosques, dalam dewan makan masjid ada jual makanan halal, harganya sangat berpatutan.
4- Salah satu cara lagi nak jimat duit makan, boleh pergi ke dewan makan Harrods 30 minit sebelum tutup, anda boleh beli makanan dengan harga runtuh, kebanyakkan kedai makanan akan membuat jualan penghabisan Beli 1 Percuma 1.
Foto: thegreatwen
6- Anda juga boleh join London Free Walking Tour, hanya perlu beri donation seikhlas hati, boleh semak jadual dalam laman web.
7- Air paip di London dikategorikan sangat bersih, jadi anda boleh minum air paip. Dapat jimat duit beli air mineral. Satu pound jimat banyak tu!.
Foto: photo4me
9- Selain dari dua tempat di atas, anda juga boleh lihat pemandangan kota London dari Sky Garden, sangat cantik, tapi anda perlu tempah awal tiket untuk naik ke atas, yang seronoknya ianya adalah percuma!, boleh semak laman web ini untuk tempah tiket.
10- Untuk jimat kos, elakkan travel pada musim perayaan krismas, awal tahun baru dan cuti sekolah pada musim panas, kerana kos travel pada waktu tersebut tersangat mahal. Pertengahan September hingga awal Oktober, Mac hingga April antara waktu terbaik dan murah untuk datang ke London.
11- Sewa kereta pandu sendiri juga mungkin bukan pilihan terbaik untuk tour kota London, kerana kadar bayaran parking sangat tinggi dan trafik juga sangat sibuk.
12- Untuk memandu di London tidak disyaratkan lesen memandu antarabangsa, anda boleh guna lesen memandu Malaysia saja. Tetapi hanya terhad untuk tempoh setahun sahaja.
Foto: planlondres
14- Untuk Lebih mudah dan jimat masa, boleh beli tiket bas Hop-on Hop-off, anda boleh lihat ke hampir semua tempat-tempat utama di London.
15- Di London mereka mengenakan cukai VAT (Value added tax) pada setiap barang yang dijual, kebiasaannya harga yang tertera sudah termasuk sekali cukai VAT.
16- Jika berlaku kecemasan dail 999 (polis/ambulan).
17- Jangan abaikan travel insuran, laburkan sedikit wang, tak mahal pun, bawah RM100 saja harganya, ianya sangat penting jika berlaku kes kecemasan.
18- Jika anda merancang untuk melawat tempat-tempat popular seperti Madame Tussauds dan London Eye, datang awal dan beli tiket secara online untuk elak dari beratur panjang.
19- Pengangkutan awam keretapi bawah tanah di London dipanggil Underground atau Tube.
20- Sediakan payung kecil dalam beg galas anda, tak kira musim apapun anda datang London, dalam masa satu minggu paling kurang mesti akan ada satu hari hujan.
21- Sentiasa semak ramalan cuaca, kerana cuaca di London sentiasa berubah, hari ini panas suhu cecah 38 celsius, esoknya pula mendung, hujan dan sejuk suhu bawah 20 darjah celsius.
Foto: fromthegrapevine
23- Mahu membeli belah dengan selesa di Oxford Street? Elakkan berkunjung pada hari Sabtu dan Ahad. Pergi pada hari biasa, kerana pada hari biasa tidak terlalu ramai orang.
24- Untuk lebih kepuasan, luangkan masa sekurang-kurangnya 5 hari untuk travel di London.
Foto: buckinghampalace
26- Jika anda ada masa lebih, boleh rancang trip balik hari dari kota London, antara tempat menarik yang boleh anda pergi seperti Stonehenge, Windsor, Costwolds, Leeds Castle dan Downtown Abbey.
27- Dan yang terakhir ialah tempat tinggal, di London terdapat pelbagai pilihan jenis penginapan, amat digalakkan untuk tempah bilik awal sebelum tiba di London, saya selalu menggunakan aplikasi dan laman web hotelscombined untuk semak harga dan tempah penginapan di London dan ke mana saja saya travel. Seronok guna aplikasi ini, boleh banding harga dari pelbagai laman web hotel.
Semoga bermanfaat.
- Siakap Keli
BACA: Penting Sangat Ke Buat Itinerary Kalau Nak Pergi Melancong, Tak Boleh Main Redah Saje Ke?