Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki, Jangan Lepaskan Perempuan yang Ada 7 Perkara Ini

22 Apr 2017
No Comment

Nak cari wanita yang sempurnya itu adalah mustahil tetapi cukuplah tujuh ciri-ciri wanita yang boleh dikatakan bertuah sesiapa yang menjadi calon suaminya. Bukan kerana ekonomi semata-mata tetapi sifat-sifat seperti ini juga dapat menggambarkan keperibadiannya yang baik.

Bagaimanapun apa yang diketengahkan oleh penulis asal, Amir Syahir, ciri-ciri ini berdasarkan keewangan.

1. Minat Menyimpan Wang

Dia jenis yang minat menyimpan wang. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Kau nak belikan hadiah ke dia terus keluar ayat dia, "Tak payahlah lah Biey, rugi je", "Tak payahlah lah Sayang, simpan la duit tu". Bukan tiap kali dating, asyik perabih duit kau je suruh beli patung beruang besar.

2. Tak Apa Jika Kau Ajak Makan Kedai Biasa-biasa

Kalau kau ajak dia makan kedai biasa atau kat warung, dia tak kisah pun. Asalkan makanan sedap. Tak macam makwe lain, pakai tudung lilit, apa kelas makan kedai murah. Paling kurang pun KFC.

3. Naik Kereta Secondhand Kau Pun Dia Tak Segan

Dia jenis tak kisah pun kau pakai kereta apa. Tak malu dengan keluarga dan kawan-kawannya. Bukannya setiap hari suruh kau tukar Honda City je. Nak nampak kelas sikit.

4. Tak Minta Hadiah Mahal

Setiap kali hari jadi dia takde nak minta barang yang mahal-mahal. Contohnya macam beg tangan LV, jam tangan Rolex, make up mahal-mahal. Setiap kali dating tak minta bunga ros bagai. Nak nampak sweet kononnya.

5. Nak Buat Kenduri Kahwin Biasa-biasa Saja

Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Takde nak buat wedding of the year bagai sampai nak buat pinjaman peribadi. Hantaran pun tak letak tinggi. Ijazah untuk minta kerja, bukan untuk minta hantaran RM30K.

6. Tak Minta Nak Bercuti Sana Sini Sebelum Kahwin

Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Biarlah cipta kenangan terindah selepas kahwin.

7. Gaji Kau Sikit

Dia tak kisah pun kalau gaji kau rendah daripada dia. Takde nak berlagak. Dia terima kau seadanya. Yang penting kau jenis bertanggungjawab.

Manusia tidak sempurna. Kalau kau tengah bercinta dan pasangan kau takde ciri-ciri di atas, janganlah kau tinggalkan dia pula.

Kau bimbing dan ajar la dia supaya lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.

Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Sekarang ni duit bukan segala galanya. Tapi semua nak pakai duit.

Kredit: Amir Syahir
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "