Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe Sah Letak Jawatan

3 Apr 2017
One Comment

Khabar angin mengenai status penerima anugerah jurulatih terbaik 2016 Tan Cheng Hoe (TCH) akhirnya terjawab selepas beliau dilaporkan telah meletak jawatan Ketua Jurulatih Kedah, lapor mStar Online.

Perletakan jawatan itu dibuat selepas Kedah menewaskan PKNP 6-1 dalam siangan Piala FA di Stadium Darul Aman pada Sabtu lalu, keputusan untuk meninggalkan skuad hijau kuning terpaksa dibuat bagi menyahut panggilan skuad Harimau Malaysia.

"Saya harap semua pihak termasuk penyokong memahami keputusan untuk meletak jawatan." kata TCH.

Menurut Cheng Hoe, beliau terpaksa meletak jawatan walaupun tindakan itu bakal menghampakan penyokong skuad berkenaan.

"Saya berharap peminat dan pemain serta barisan kejurulatihan dapat memahami keputusan saya meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kedah, walaupun sukar tapi saya perlu berbuat demikian untuk membantu skuad kebangsaan.

"Setelah bersama Kedah sejak pertengahan 2015, saya telah mendapat kerjasama dari pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dengan baik selain pemain dan rakan setugas. Terima kasih kepada semua.

"Saya melalui banyak pengalaman manis bersama kedah kerana kami berjaya menjuarai Liga Premier, naib juara Piala Malaysia 2015 dan menjuarai Piala Malaysia serta menduduki tempat ketiga pada tangga Liga Super musim lalu," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dengan pemergian TCH ini, Mohd Nidzam Adzha Yusof kini telah mengambil alih jawatan ketua jurulatih sementara di mana TCH menyatakan dia yakin akan kemampuan Nidzam mengendalikan pasukan Kedah untuk menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

"Saya yakin Nidzam dapat membimbing pasukan ini kerana sebelum saya dilantik sebagai ketua jurulatih, beliau merupakan individu penting di sini, malah beliau juga telah berjaya membimbing skuad ini ketika ketiadaan saya.

"Kejayaan Kedah tidak terletak pada saya sahaja tetapi pemain yang ada kerana mereka telah memberi komitmen dan berjuang demi Kedah," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Swin888.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    013-302-6666

    - Scr888 ( Cherry Love )
    - sky777 ( Animal paradise )
    - Greatwall 99 ( Safari )
    - Lucky palace ( Golf )
    - Joker 123 ( Thunder God )
    - Sky99 ( Three Kingdom )

    #welcome Bonus 30 %
    #Refer Bonus 20 %
    #Daily Bonus 10 %

    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - We are 24 Hour Operator Service.
    - 100% Trusted since 2015.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "