Jika Ada Lalat 'Mendarat' Di Atas Makanan Anda, Adalah Baik Jika Anda Berhenti Jamah Bahagian Yang Dihinggap Itu
Reaksi biasa apabila terlihat lalat mendarat di atas makanan adalah dengan menghalau serangga itu menggunakan tangan dan teruskan aktiviti makan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Tapi sekarang anda mungkin perlu memikirkannya semula kerana mereka muntah hampir setiap kali mereka mendarat di atas makanan.
Mungkin ia cuma kelihatan kecil, tetapi lalat mampu membawa banyak jenis bakteria dan kuman - pada puratanya 200 - yang berpotensi membahayakan kesihatan.
Antara bakteria yang dibawa adalah najis dan makanan reput lain yang telah mereka mendarat sebelum ini.
Pengkaji di Universiti Florida sebelum ini menemui bahawa lalat rumah membawa bakteria yang menyebabkan infeksi pernafasan dan keracunan makanan.
Satu kajian yang mereka jalankan menggunakan lalat dari tong sampah dan pintu masuk di empat restoran mendapati serangga itu membawa lebih banyak penyakit dari yang disangka.
Mereka berkata orang dewasa yang sihat boleh melawan bakteria-bakteria itu, tetapi kanak-kanak dan orang tua serta mereka yang lemah sistem imun berada dalam risiko.
Ron Harrison, dari kawalan serangga Orkin berkata: "Mereka cuma perlu menyentuh makanan anda selama satu saat untuk membolehkan kaki dan bulu halus di badan mereka memindahkan kuman dari semua benda kotor yang mereka makan ke makanan anda".
"Dan memandangkan lalat boleh memindahkan penyakit berjangkit serius seperti taun, disentri, dan kepialu, mungkin langkah yang terbaik jika anda mengelakkan makan benda-benda yang pernah disentuh oleh lalat.
Mereka juga boleh membawa salmonella, antraks dan tibi dan dalam masa yang sama mereka juga terkenal sebagai penghantar telur cacing parasit. Wow.
Kalau anda mahu berjimat, mungkin boleh potong bahagian yang berjaya ditakluki oleh serangga itu.
Sumber: Metro.co.uk