Ekslusif: 'Saya Dapat 5A UPSR, 8A PMR & 8A SPM' - Safiey Illias Kongsi Kisah Perniagaannya & Nasihat Serta Tips Simpan Aset Untuk Orang Ramai
Siapa tak kenal dengan nama Safiey Ilias? Boleh dikatakan ramai yang sudah tahu mengenai liku-liku hidup yang telah ditempuh oleh usahawan muda itu untuk menjadi seorang lelaki. Kisah beliau bertukar dari seorang mak nyah kepada seorang lelaki sejati juga pernah ditayangkan di kaca TV.
Tapi bagaimana pula dengan kisah disebalik perniagaannya - Perlaking - yang masih berdiri gah sehingga hari ini? Malah, hasil tinjauan ke Instagram peribadinya @safieyilias94, usahawan itu kini sedang giat memasarkan produk terbaru, Perlashine Kapsul Mutiara.
Menyingkap cerita disebalik kejayaan perniagaannya, Safiey Illias ketika dihubungi pihak Siakap Keli menceritakan dengan ringkas apa yang pernah ditempuhinya di dalam dunia perniagaan. Ikuti perkongsian dari Safiey Illias itu:
Berasal Dari Anak Felda, Bukan Dari Keluarga Berada
Beza kisah saya dan kebanyakan usahawan yang lain adalalah saya mula berniaga sejak sekolah, rasanya ramai yang tahu saya berniaga sejak umur 16 tahun dan saya bukan berasal dari keluarga yang kaya.
Ayah dan mak saya adalah seorang peneroka Felda Lakum, latar belakang keluarga pun bukan dari orang bisnes. Orang lain mungkin ada yang berniaga sejak sekolah juga tapi berasal dari keluarga yang berada.
Mula Berniaga Sebab Nak Ringakan Beban Ibu Bapa
Saya ni tak pandai sekolah ke? Kenapa pilih berniaga? Hihi.. UPSR saya 5A (SK Felda Lakum), PMR saya 8A (SMK Datuk Bahaman), SPM saya 8A (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan).
Saya berniaga sejak sekolah sebab nak tolong ringan beban ayah saya bayar yuran-yuran dan perbelanjaan asrama dan sekolah. maklumlah duduk sekolah berasrama penuh ni kos agak mahal, banyak benda yang nak kena bayar.
Tak Sambung Belajar Lepas SPM, Tekad Berniaga
Saya jadi dropship je dulu.. bermula dari bawah.. pos barang sendiri... sampailah selepas habis sekolah, saya masih meneruskan bisnes yang saya jalankan..saya tak hairan pergi ke kilang botol naik teksi! Naik bas.. sebab semangat saya kuat.
Saya dah tak teruskan belajar, jadi saya kena tebus 'kesilapan' saya itu! Saya tak nak susahkan ayah saya. Dah besar masih nak minta duit mak dan ayah! Saya sahut cabaran ayah suruh berniaga betul-betul" kata Safiey.
Saya tak join MLM tau. dan saya berniaga secara solo, main redah, main langgar demi kumpul pengalaman. Sebab tu la semangat bisnes saya kental! Sehingga ke hari ini saya memang belum pernah berguru dengan mana2 sifu/mentor/join mana2 seminar bisnes.
Tips dan Nasihat Kepada Orang Ramai
Ramai tanya bagaimana saya boleh kumpul banyak aset dan beli kereta mewah pada usia sangat muda? Ni jawapan saya :-
+ tahan nafsu diri yg boros (saya pun pemboros jugak)
+ kena pandai menyimpan
+ kena banyak bantu mak dan ayah baru rezeki murah
+ kena kurang berkawan (saya ada 2-3 kawan sahaja)
+ fokus pada 1 benda sahaja dulu sebelum pergi kepada yang lain
+ sentiasa cabar diri akan sesuatu matlamat yang baru
+ sentiasa kena sebut-sebut apa yang kita nak/target kita
+ jangan mudah berputus asa (kalau berputus ada cepat-cepat tengok pesaing dan haters kita, mesti semangat nak bisnes balik)
+ jadikan tohmahan dan hinaan sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya
+ maafkan kesalahan semua orang
Jangan Dengki, Hormat Orang Yang Sudah Berjasa
Pesan saya, jaga hati dan lidah.. berniaga dan bersaing secara sihat.. kalau ada sekumit dengki dalam hati, memang susah nak berjaya..
Yang lagi penting, hormati orang yang memudahkan perjalanan bisnes kita.. jangan belakang-belakang mengumpat pulak.. doakan org yg pernah membantu kita ❤
Saya doakan kita sama-sama KAYA, BERJAYA dan BERJASA!
Melihat kepada kegigihan anak muda berusia 23 tahun ini, sikapnya yang begitu tekad untuk berjaya memang wajar dicontohi usahawan-usahawan di luar sana.
Untuk melihat perkembangan terkini Safiey Illias, boleh ikut Instagram beliau di https://www.instagram.com/safieyilias94/ dan Facebook https://www.facebook.com/sofeailias.