Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bila Ada Yang Minta Buatkan Sesuatu, Tapi Kita Terpaksa Menolak Atas Sebab Tertentu, Ini Antara Jawapan ‘Jaga Hati’ Yang Boleh Diucapkan

26 Apr 2017
No Comment
Foto: callcentrehelper

Bila kita bekerja, atau pun menerima pertolongan daris eseorang, sudah pasti akan melakukannya dengan sebaik mungkin, sekiranya kita mampu melaksanakannya dengan baik.

Tapi, ada ketikanya, disebabkan oleh kekangan masa, atau ada perkara yang tidak dapat dielakkan, sesuatu pertolongan itu sukar untuk kita lakukan, dan mungkin juga sesuatu pertanyaan yang diajukan, kita tidak dapat memberi jawapan dengan segera.

Bila situasi sebegini berlaku, ia sedikit sebanyak memberi tekanan pada diri, kerana untuk menyatakan ‘tidak’, seperti satu perkara yang sangat sukar. Namun, ia harus juga dinyatakan, kalau tidak, diri yang akan susah nanti.

Menerusi perkongsian dari saudara Rudy Ludinata ini, terdapat beberapa cara yang boleh diucapkan, atau dilakukan sekiranya, kita ingin menolak atau menyatakan ‘tidak’ dalam sesuatu perkara, tetapi masih dalam cara yang sopan.

Bagaimana? Jom kita ikuti perkongsian darinya.

Foto: lifestyle9

Ramai orang tertanya-tanya bagaimana hendak menolak sesuatu permintaan. Lebih-lebih lagi ketika kita memang bukan orang yang berkuasa untuk memutuskan sesuatu perkara. Saya yakin ramai dalam kalangan kita menghadapinya.

Saya akui memang sukar untuk berkata 'tidak'. Namun, saya cadangkan beberapa frasa di bawah yang mungkin boleh membantu kita untuk berani menolak permintaan tertentu dengan berhemah.

1. "Maaf tuan, saya tidak dapat beri jawapan sekarang, boleh saya hubungi tuan selepas saya mendapatkan jawapannya daripada ketua jabatan saya?"

2. "Maaf, saya benar-benar ingin membantu cik puan, namun saya tidak dapat berbuat apa-apa ketika ini"


3. "Aku faham kau perlukan pertolongan aku sekarang. Namun aku tidak boleh kata ya sekarang. Aku mohon maaf banyak-banyak" (perbualan bersama sahabat rapat)

4. "Abah terpaksa kata tidak sekarang. InsyaAllah kalau ada perubahan, abah akan beritahu kamu nanti"
(perbualan ayah-anak)

5. "Maaf tuan, saya tidak dapat menyediakannya pada ketika ini. Bagaimana kalau saya cadangkan ....."



(Julie Hanks,2013)

Selepas ini, kalau ada yang mula bertanya, atau minta buatkan sesutu, dan kita tak dapat lakukannya, bolehlah gunakan frasa-frasa yang dikongsikan ini. Tidaklah nampak seperti kita sengaja mengelak, dan lebih bersopan-santun sikit.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "