Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Suku Mante? Penungang Motosikal Terkejut Terserempak Dengan 'Makhluk Kerdil' Dalam Hutan

26 Mac 2017
Foto: Kumparan.com

Sekumpulan peminat sukan Motorcross terkejut besar apabila terserempak dengan susuk mahkluk kerdil di dalam sebuah hutan di Aceh ketika sedang memecut motor dalam hutan tersebut.

Makhluk kerdil tidak berpakaian itu terakam sedang membawa kayu dan mampu berlari dengan pantas sekali. Menurut portal-portal Indonesia, makhluk itu dipercayai merupakan suku Mante.

Video kejadian merakamkan bagaimana penunggang motosikal terjatuh apabila terkejut terserempak dengan makhluk tersebut. Mungkin terkejut dengan kemunculan penunggang-penunggang motor itu, makluk itu juga melarikan diri.

Apabila dikejar, makhluk itu sempat membelok dan memasuki kawasan semak-samun.

Portal Kumparan.com cuba mengesahkan tentang makhluk itu dengan seorang penduduk Aceh yang juga Kepala Dinas Sosial Pemprov Aceh, Al Qudri pada Sabtu.

Al Qudri berkata beliau percayai makhluk kecil itu dari suku Mante yang selama ini pernah menjadi lagenda di Hutan Leuser di sini.

"Ini saya rasa Suku Mante, orangnya kecil-kecil," jelas Al Qudri.

"Suku Mante ini didengar dari cerita turun temurun orang tua-tua," ujarnya.

"Mereka itu mempunya deria hidung tajam, biasanya kalau mencium bau manusia mereka menghindar. Saat itu mungkin arah angin berlawanan, jadi mereka tidak mencium bau manusia," tuturnya.

"Mereka itu suka garam. Jadi kalau di gua-gua ditaruh garam, kita tinggal tahu tahu hilang. Hanya ada jejak kaki saja," tuturnya lagi.


Sumber: Kumparan.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "