Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Lelaki Cipta, Uji Suit Terbang 'Iron Man' Yang Dibuat Sendiri di Garajnya, Dikatakan Mampu Bawanya Bergerak Beratus-Ratus KM sejam

31 Mac 2017

Seorang pencipta warga British telah mencipta suit terbang 'Iron Man', yang dikatakan boleh membawanya bergerak beratus-ratus kilometer sejam di ketinggian beribu-ribu kaki.

Suit tersebut, yang dicipta oleh usahawan, Richard Browning, membolehkan pemakai untuk berlepas dan terbang selain menggunakan badan bagi mengawal pergerakan.

Browning baru-baru ini menubuhkan syarikat Gravity bagi mempatenkan teknologi dorongan manusia.

Teknologi itu menggabungkan enjin-enjin jet yang telah dikecilkan bersama dengan dengan satu suit exoskeletal - konsep sama yang mengingatkan kita dengan suit yang digunakan oleh superhero Marvel, Iron Man.

Teknologi dorongan yang dicipta oleh Browning datang dengan enam enjin jet kecil, jenis sama yang boleh ditemui di pesawat-pesawat moden. Enjin-enjin itu boleh dilihat terpasang di bahagian tangan dan juga belakang.

Browning, 38, yang juga seorang bekas tentera simpanan tentera laut, mencipta suit terbabit di garaj rumahnya di Salisbury hampir 10 bulan. Dia menamakan alat itu sebagai Daedalus.

Browning juga memuat naik video Youtube yang merakamkan aksinya mencuba suit terbabit.

"Ini adalah detik bersejarah dalam arena penerbangan," kata Browning kepada Daily Mail.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "