KUALA LUMPUR, 10 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata tiada menteri memaklumkan perletakan jawatan.
Najib berkata sedemikian di laman Facebook dan Twitter sebentar tadi.
"Tiada menteri yang memaklumkan kepada saya untuk meletak jawatan
"Saya menganggap Azmin memberitahu sesuatu yang tidak benar untuk menarik perhatian, lainlah dia menyatakan nama menteri berkenaan," katanya.
Sebelum ini, Azmin Ali menerusi Twitter menulis tentang isu seorang menteri kabinet yang dikhabarkan meletak jawatan.No Minister has informed me that he is quitting. I shall assume Azmin is telling a lie to create a stir unless he can reveal the name.— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) February 10, 2017
Benarkah ada seorang Menteri Kanan telah meletakkan jawatan ? Khabarnya beliau tidak mahu bersubahat dengan 1MDB. Cuba ikuti perkembangan.— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) February 10, 2017