Foto: malaysiadateline
Namun begitu, disebabkan kurangnya kemudahan untuk melakukan transaksi, ramai di antara kita yang tidak membuat simpanan di Tabung Haji, sedangkan lebih baik berbuat demikian, kerana bukan sahaja boleh dijadikan modal untuk mengerjakan umrah, atau ibadah haji, tetapi juga lebih patuh syariah.
Dan menurut perkongsian dari saudara Shairy Hanapiah, anda kini juga boleh membuat transaksi untuk simpanan Tabung Haji di bank lain yang terpilih, dan di antaranya adalah Maybank, ingin tahu bagaimana caranya, mari kita ikuti perkongsian darinya.
Antara kebaikan simpanan di Tabung Haji adalah ianya patuh syariah, zakat perniagaan pendeposit diuruskan, dijamin kerajaan dan memberikan bonus/hibah yang kompetitif. Malah, bonus/hibah tersebut dikecualikan dari cukai pendapatan.
Dari rekod Tabung Haji, bonus/hibah bagi tahun 2014 adalah sebanyak 6.25% + 2%, diikuti pada tahun 2015 sebanyak 5% + 3% dan yang terkini bagi tahun 2016, 4.25% + 1.5%. Sangat kompetitif.
Tetapi Tabung Haji tidak menjadi pilihan utama sebagai platform bagi tujuan simpanan lain kerana kesukaran untuk melakukan transaksi, di mana bilangan cawangan-cawangan Tabung Haji amat terhad dan hanya tertumpu di bandar-bandar utama.
Ramai di antara kita yang masih tidak tahu, Tabung Haji telah pun menjalankan usahasama bersama bank-bank terpilih untuk memudahkan transaksi penyimpan di cawangan bank-bank tersebut. Antara bank yang terpilih adalah Maybank.
Maybank merupakan sebuah bank yang mempunyai rangkaian cawangan yang luas di negara ini.
Penyimpan/pendeposit Tabung Haji kini sudah boleh melakukan transaksi pengeluaran, pemindahan wang dan deposit. Malah, pendaftaran haji juga boleh dilakukan dengan hanya akses di ATM Maybank. Memang mudah.
Syaratnya, penyimpan Tabung Haji tersebut mestilah mempunyai akaun dan kad ATM Maybank bagi membolehkan mereka membuat transaksi berikut.
Mereka hanya perlu mendaftarkan akaun Tabung Haji mereka di mesin ATM Maybank dengan cara-cara tersebut:
1. Masukkan kad ATM Maybank
2. Pilih ‘Tabung Haji’
3. Pilih ‘Daftar akaun TH ke ATM kad’
4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda
5. Tekan ‘Ya’ untuk ke skrin seterusnya
6. Masukkan nombor siri buku akaun TH anda
7. Tekan ‘Ya’ untuk pengesahan
8. Sistem akan memproses permohonan, slip akan dicetak.
Setelah selesai pendaftaran tersebut, penyimpan Tabung Haji sudah boleh melakukan transaksi pengeluaran dan pemindahan wang di mesin ATM Maybank. Bagi transaksi deposit pula boleh dilakukan di mesin Cash Deposit Machine (CDM) Maybank.
Manakala untuk tujuan pendaftaran haji boleh dilakukan di kedua-dua mesin tersebut.
Transaksi pengeluaran, pemindahan dan deposit ke akaun Tabung Haji ini akan dikenakan caj perkhidmatan RM1.00. Caj tersebut amat berbaloi dengan kemudahan yang disediakan. Segalanya mudah.
Dengan adanya perkhidmatan ini, simpanan di Tabung Haji menjadi lebih mudah dan amat sesuai dijadikan sebagai pilihan utama bagi mereka yang ingin menyimpan dan mendapat pulangan yang berbaloi. Pelbagai transaksi sudah boleh dilakukan dengan hanya di mesin ATM dan CDM Maybank.
Semoga maklumat ni berguna kepada kita semua.
Apa lagi? Jom mulakan simpanan di dalam Tabung Haji
Shairy Hanapiah
Niat nak pergi Haji
- Siakap Keli