Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nak Naik Pentas Pun Terketar-Ketar, Inikan Pula Nak Bercakap ‘Confirm’ Suara Gagap Punya, Ketahui 10 Tips Untuk Kurangkan Gementar Bercakap Di Khalayak Ramai

21 Feb 2017
No Comment

Setiap orang mempunyai perbezaan mereka yang tersendiri, ada yang ramah, ada yang banyak mulut, mudah bergaul, juga ada yang malu, dan hanya bercakap sepatah sahaja apabila ditanya. Disebabkan perbezaan ini jugalah, membuatkan ramai di antara kita yang sering meminta mereka yang ramah, dan banyak cakap untuk ke depan bila mana ada ucapan yang perlu diberi.

Buat mereka yang pemalu, senyap, dan cepat gemuruh sudah pasti hanya diamkan diri di satu sudut, risau namanya dipanggil untuk berucap di hadapan, lagi-lagi dengan orang yang tidak dikenali.

Sebenarnya ramai yang mempunyai masalah sebegitu, yang mana rasa sangat gemuruh bila perlu berhadapan dengan ramai orang, bukan tiada apa nak dicakapkan, cuma terlalu gemuruh untuk berdiri di hadapan audien yang ramai. Tapi, kalau ada cara yang boleh hilangkan rasa gemuruh ini, ia sudah pasti akan beri banyak kelegaan.

Apakah yang boleh dilakukan untuk hilangkan rasa gemuruh ini? Menurut perkongsian dari saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan, terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan dalam membantu kurangkan gementar untuk bercakap di khalayak ramai ini, apakah tips nya, mari kita ikuti perkogsian darinya.


GEMURUH

Dulu, masa di bangku sekolah. Kalau ada kerja berkumpulan dan perlu bentangkan hasil kerja, aku pasti tawarkan diri untuk jadi tukang tulis.

Bukan sebab tulisan aku cantik, tapi sebagai salah satu cara agar tak dipilih sebagai pembentang.

Aku punya takut nak bercakap di hadapan kelas, sampai menggigil macam kena demam kura. Nak baca kad kiu yang aku pegang pun tak boleh, sebab tangan terketar-ketar. Suara pun ikut bergetar tahu tak?

Dah masuk universiti, aku masih lagi begitu.

Aku ingat dan tak akan lupa. Di kelas anatomi, doktor forensik yang mengajar kami beri aku tulang femur dan suruh aku tunjukkan di mana letaknya foramen nutricium dan terangkan signifikan kewujudannya.

Kredit: Pinterest

Foramen nutricium ini adalah liang pada tulang di mana pembuluh darah yang lalui untuk membekalkan nutrisi pada tulang. Ia agak kecil. Jadi doktor berkenaan suruh aku tunjuk ia dengan hujung klip kertas yang telah dibuka lingkarannya.

Tangan aku sangat terketar. Bila aku letakkan hujung klip kertas pada liang di tulang peha tersebut, ia menghasilkan bunyi berdetar dek perlanggaran klip dengan tulang berkali-kali.

Anton Timofeevich Chernov— doktor forensik yang bermuka tegas itu, tergelak besar lihat aku gemuruh sebegitu. Hilai tawa rakan sekelas aku menyusul, memperparah suasana. Langsung aku tak dapat jawab soalan yang diberikan, walaupun aku tahu jawapannya.
Hampeh bukan member-member!

Hihihi. Itu semua kenangan.

Sekarang aku sudah berjaya tangani masalah gemuruh. Sudah datang keberanian untuk jadi pengacara majlis, membentangkan CME serta poster research, berlakon pementasan, dan sebagainya.

Kredit: ReactionGIF

Antara perkara-perkara yang aku dapati membantu kurangkan gementar untuk berucap di khalayak ramai.

1- Amalkan senaman kardio seperti jogging, berenang dan berbasikal. Ini penting untuk kesihatan jantung.

2- Buat persediaan awal. Fahami dan alami topik ucapan atau pembentangan. Usah tangguh ke saat-saat akhir.

3- Pastikan cukup rehat dan tidur. Tubuh dan minda yang cukup rehat mampu mengendali stress dengan lebih baik.

4- Alas perut dengan juadah ringan. Elakkan makanan pedas. Seusai itu, kosongkan pundi kencing dan usus.

5- Elakkan minuman berkaffein sebelum berucap. Kaffein menyebabkan takikardia— jantung berdegup pantas.

6- Datang awal, agar tidak tergesa-gesa. Kelewatan adalah stress tambahan yang perlu dielakkan.

7- Kenali audien. Beramah-mesra dengan beberapa individu daripada audien sebelum giliran anda berucap.

8- Fokuskan minda kepada manfaat yang bakal audien perolehi daripada pembentangan anda. Yakinkan diri.

9- Jika gugup kerana diperhatikan oleh ramai audien, kekalkan kontak mata pada individu telah dikenali tadi.

10- Andai masih gugup juga, letakkan tangan di belakang. Supaya tak kantoi kau sedang terketar-ketar. Hahaha.

Kamarul Ariffin Nor Sadan
Penternak rama-rama dalam perut

Moga-moga dengan adanya tips ini anda dapat mengawal rasa gugup, dan gementar yang dihadapi, serta menjadis eorang yang petah berbicara di hadapan audien yang ramai. Mari kita ubah diri, menjadi insan yang lebih berkeyakinan. – Siakap Keli

BACA: Gemuruh Untuk Bertemu Seseorang Buat Pertama Kali, Ikuti 9 Tip Pertemuan Yang Efektif (Boleh Digunapakai Untuk Apa Jua Pertemuan)
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "