Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Lepaskan 4 Das Tembakan Kearah Bekas Isteri Sebelum Tembak Diri Sendiri

3 Feb 2017

Kuala Lumpur, 3 Feb : Seorang lelaki bertindak menembak mati bekas isterinya sebelum membunuh diri di tingkat 16, Menara Centara, Jalan Chow Kit di sini dalam kejadian kira-kira jam 3 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu pada jam 3.15 petang.

"Siasatan awal mendapati suspek berusia 51 tahun datang ke pejabat bekas isterinya, 46, di tingkat 16 menara berkenaan membawa pistol dan parang pada 2.58 petang.

"Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek melepaskan empat das tembakan. Dua tembakan mengenai bahagian belakang dan paha kanan mangsa sebelum lelaki itu menembak diri sendiri di kepala," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Rusdi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian itu.

"Berdasarkan maklumat awal, suspek dan mangsa sudah bercerai lima tahun lalu dan mempunyai tiga anak hasil perkongsian hidup sebelum ini.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


Sementara itu, Bernama memuat naik video suasana orang ramai menggerumi sekitar kawasan kejadian.


Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "