BUKIT MERTAJAM: Seorang penduduk Apartment Permata, Bandar Perda, Mahmud Manaf, 80, terkejut selepas beliau menemui seorang mayat bayi lelaki masih bertali pusat dalam tong sampah di sini.
Menurut beliau, dia yang baru pulang daripada bekerja kira-kira jam 11.30 pagi itu, telah ke tong sampah berkenaan untuk mendapatkan botol plastik dah mendapati di dalam tong berkenaan terdapat plastik yang di dalamnya terdapat kain batik.
Beliau yang membuka kain batik berkenaan ternyata terkejut selepas mendapati ada mayat seorang bayi menyebabkan dia memaklumkan kepada jiranya dan mereka menghubungi pihak polis.
Pihak polis yang mendapat laporan berkenaan telah bergegas ke tempat kejadian.
Berdasarkan gambar pertama yang kami perolehi, bayi berkenaan masih berada dalam kantung air ketuban semasa ia dibalut dan dibuang. - Siakapkeli.my
Kredit Video: Harian Metro