Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buat Suri Rumah Di Luar Sana, Kini Anda Boleh Mula Untuk Menjana Pendapatan Dari Rumah Dengan Mengikuti Tips Dari Usahawan Ini

5 Feb 2017
No Comment

Pada masa kini ramai di antara kita yang telah memulakan perniagaan mereka sendiri, tidak kira dalam bidang apa pun. Ianya adalah salah satu langkah yang mana dapat membantu kewangan, jika dilakukan secara sampingan.

Namun begitu, buat suri rumah pula, mungkin ada di antara mereka yang mempunyai keinginan untuk memulakan perniagaan, tetapi risau tidak dapat memberi komitmen, atau tidak mempunyai ilmu yang betul, juga tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

Tapi, usah risau, kerana menurut perkongsian dari saudara Ikram Al-Banjari, suri rumah juga sudah boleh untuk memulakan perniagaan mereka sendiri, pada masa yang sama, dapat tambah pendapatan untuk isi rumah juga. Ianya boleh dilakukan dengan mengikuti langkah yang telah dikongsikan ini.

Jom kita ikuti perkongsian tersebut.


Tips #1minit, 7 Langkah Tambah Income Buat Suri Rumah

Sebagai menghargai ramai kaum ibu yang sudi membaca setiap coretan saya. Saya suka untuk berkongsi beberapa langkah mula buat semua.

Ingat, di zaman serba mencabar macam sekarang. Kita tidak boleh lagi duduk goyang kaki. Mesti pantas mengusahakan sesuatu bagi menambah pendapatan isi rumah.

Sedia? Ok mulakan.

1. Fikir apa kebolehan kita

Tanya suami dan anak-anak, tanya orang yang mengenali kita. Apa potensi yang kita ada pada pandangan mereka. Mungkin masakan kita sedap, pandai menjahit, pandai membuat kuih, pandai buat kek, pandai bercucuk tanam dan sebagainya.

2. Pilih satu bidang, rancang untuk berniaga

Contohnya,jadikan kemahiran bercucuk tanam pokok orked sebagai sumber pendapatan. Selama ini tanam untuk sendiri sahaja kan? Sekarang kena fikir untuk tanam lebih banyak suoaya boleh dijual.


3. Buat sedikit kajian pasaran

Kaji tentang lokasi ramai orang, hari pasar malam, pasar tani dan pelbagai lokasi berpotensi untuk buat jualan. Kalau susah sangat, buat sahaja di depan rumah sendiri.

4. Kiraan kos

Buat kira-kira kos untuk satu pasu pokok orked dan buat kajian harga jualan pasaran di kawasan kita mahu jual. Buat carian di internet untuk dapatkan lebih banyak info.


5. Promosi melalui media sosial

Belajar menggunakan media sosial sebagai medium promosi. Gunakan facebook, instagram dan sebagainya untuk menunjukkan kewujudan kita dalam pasaran. Tak tahu? Pergi berguru, belajar dan buat.

6. Dapatkan sokongan insan tersayang 

Saya yakin suami, ibu bapa dan anak-anak pasti merestui dan menyokong usaha baik kita untuk mula berniaga. Jangan takut untuk membuka mulut dan menyatakan hasrat.

7. Mulakan sekarang 

Dah bertahun bagi alasan kepada diri sendiri. Tak penat kah? Usah menangguhkan kejayaan sendiri. Usahkan sampai jadi.


Susah itu sudah pasti, jangan bimbang pasal kesusahan dan ujian. Gagal itu sudah tentu, jangan takut hadapi kegagalan. Teruskan melangkah ke depan, buat dan terus buat.

Bahagia itu milik kita. Bahagia itu pilihan kita. Kita pilih, mahu yang bagaimana.

Salam sukses.

Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan.

- Siakap Keli




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "