Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Beg Terlebih Muatan 15KG Gara-Gara Lempeng & Jeruk Buatan Ibu, Lelaki Ini Bawa Semua Masuk Kabin

5 Feb 2017

Selepas tamatnya sambutan tahun baru, orang ramai di China kini sudah mula meninggalkan keluarga dan kampung halaman untuk kembali bekerja.

Namun, seorang lelaki dari Nanjing ini tersangkut seketika di lapangan terbang kerana membawa muatan berlebihan iaitu lempeng buatan ibunya.

Dalam kejadian pada Khamis itu, seorang wartawan terserempak dengan lelaki berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Lukou ketika dia sedang mengeluarkan sejumlah lempeng yang banyak dari begnya.

Setelah diperiksa, rupa-rupanya lempeng yang dikenali sebagai Jianbing itu bersama sayur-sayuran jeruk menjadi punca begnya terlebih muatan 15kg.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak meninggalkan lempeng buatan ibu kesayangannya itu di lapangan terbang. Dia mengambil keputusan untuk membawa sahaja makanan itu diatas kapal.

Sekurang-kurangnya lelaki itu tidak cuba memakan kesemua lempeng itu di lapangan terbang tersebut.

Tahun lepas, seorang wanita memakan kesemua 5kg durian sehingga hidungnya berdarah selepas pengawal keselamatan tidak membenarkannya membawa masuk buah tersebut ke dalam keretapi.




Sumber: shanghaiist.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "