Bila dah mengembara, pastinya akan membawa beg yang banyak, atau ‘luggage’ yang besar, bukan sahaja memuatkan pakaian, tapi beg extra, untuk dijadikan ruang tambahan, mana tahu terbeli buah tangan yang berlebihan pula.
Tapi, bila dah sampai ke sesuatu destinasi, sedang menunggu beg di lapangan terbang, tiba-tiba beg tak muncul-muncul juga, dah lah banyak barang dalam beg tersebut, menggelabah, itu mungkin perkara pertama yang kita buat.
Namun, menurut perkongsian dari saudari Alisa Omar, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan, selain dari panik begitu sahaja, dan ianya berdasarkan pengalamannya sendiri. Jom kita ikuti perkongsian darinya.
Selamat malam kawan-kawan!
Apa yang aku kongsi ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Mungkin proses die agak berlainan dengan sape-sape yang pernah alami pengalaman ini, tapi aku harap ia sedikit sebanyak boleh kasi petunjuk bila tiba saat genting di mana korang boleh hilang keupayaan untuk berfikir secara jelas.
Aku sarankan, kalau boleh screenshot ataupun print panduan ni dan simpan dalam dompet. Bila betul-betul jadi, xde kelam kabut nak kena korek balik archive saved FB post.
Okay..
Cuba bayangkan, apa perasaan korang bila tak nampak bayang langsung beg walaupun notification "Last Beg" da keluar? Panik? Gelabah? Buntu? Itu yang aku rasa bila dapat tau yang beg aku tak dapat dikesan. Flight route aku adalah Tallinn - Stockholm - Athens. Mungkin beg aku di Tallinn? Atau di Stockholm? Atau mungkin tak dapat dikesan langsung? Memang dalam kepala tu, macam-macam dah aku fikir. Terutamanya bila aku hanya ada masa dalam 1 jam 30 minit ja sebelum ke destinasi seterusnya.
Beg hilang adalah antara sisi gelap dunia travel yang boleh "make you or break you", bergantung pada macam mana kita handle masalah ni. Aku pernah kongsi macam mana nak handle bila beg hilang, tapi aku rasa message nye kurang jelas, jadi aku kongsikan sekali lagi.
APA PERLU KITA BUAT PERTAMA SEKALI?
Tarik nafas panjang-panjang. Memang akan senang panik bila hadapi situasi macam ni. Mana tak nya, semua barang personal dalam beg kot. Dan dalam kes aku, kunci rumah dan kunci kereta aku simpan dalam luggage. *Bad move!
Bukan saja panik, rasa macam nak tumbuk airline staff pon ada. Hahaha. Aku tinggal sehelai sepinggang je kot masa kat Athens.
[LUGGAGE TAG NO. ] Kalau check-in luggage, check-in staff akan lekatkan tag ni atau sticker di boarding pass korang. Jangan buang tag ni selagi tak keluar airport dengan beg di sisi
[BAGGAGE IDENTIFICATION CHART] Identification chart untuk kenal pasti beg korang. Sebolehnya kalau ade gambar, selitkan sekali gambar beg tu. Lagi memudahkan kerja cari beg korang. Chart ni akan dikasi bila korang buat report tentang beg korang di Baggage Reclaim Desk
1. LEPAS TU?
Pergi ke "Baggage Claim Desk" dan buat laporan beg hilang. Kalau korang check in luggage, di boarding pass, mesti ada check-in staff lekatkan tag/sticker beserta no siri dan barcode? [Refer gambar pertama]. Tag ini bagaikan ID spesifik untuk airport staff kenal pasti beg kita. Jadi lepas check-in, jangan buang tag ni sampai la kita retrieve beg kita di carousel nanti.
**Pesanan Penting: Akan lebih membantu kalau kita ade simpan gambar luggage kita. Sebab, airport staff akan mintak kita kasi description beg kita dari segi warna, jenis beg (beg tarik atau duffel bag), brand beg, apa-apa yang boleh membantu untuk kenal pasti beg kita seperti luggage tag, ribbon atau sticker minion ke.
Segala perbelanjaan sepanjang tempoh beg korang hilang (tak termasuk resit makan & minum), wajib disimpan untuk claim dengan insurance company nanti.
2. OKAY, REPORT DA BUAT. NEXT?
Lepas kita buat report, airport staff akan kasi kita photostat copy report kita tu dan simpan report tu sampailah kita dapat balik beg kita. Yang penting, segala perbelanjaan yang kita tanggung sepanjang beg hilang tu seperti barang keperluan asas, baju, seluar, SIMPAN RESIT tu untuk claim dengan insurance company kemudian.
**Pesanan Penting: Jangan amek kesempatan untuk beli barang yang mahal dan branded semata-mata boleh claim, sometimes kalau nampak "dodgy", staff dari insurance company akan mintak sebab kenapa perlu beli barang branded. Contoh; kenapa perlu jam tangan Fossil sebagai part of the claims.
3. CLAIM DENGAN INSURANCE COMPANY ATAU AIRLINE?
Kalau ikutkan dua-dua boleh. Tapi potensi untuk dapat claim dengan airline jauh lebih rendah dari claim dengan insurance company. Selalunya airlines akan letak tanggungjawab claim ni pada insurance company, walaupun masalah beg ni berpunca dari mereka. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, insurance company tak reimburse total cost, boleh cuba contact airline melalui official website dorang.
[REPORT (Bukak Case)] Contoh report yang akan diberi oleh airport staff lepas korang selesai bukak kes. File reference dalam contoh gambar ni (GIGAF64475) adalah nombor rujukan paling penting untuk trace beg korang. Jangan hilangkan report ni langsung.
Contoh laporan lengkap tentang status beg korang sebelum airline staff akan tutup kes. Report ni yang korang kena attach dengan dokumen lain untuk buat claim kat insurance company
4. MACAM MANA NAK BUAT CLAIM?
Okay, ni adalah list dokumen yang kita kena ada sebelum nak buat claim dengan insurance:
1) Resit pembelian ketika tempoh beg hilang (resit makan minum tak dibenarkan)
2) Complete report** kes beg kita hilang, airline staff akan kasi report ni sebelum diorg tutup kes. Boleh request kalau airline staff tak kasi.
3) Flight itinerary kita dengan responsible airline.
4) Dokumen tambahan - bergantung dengan insurance company tersebut.
**Pesanan Penting: Report yang kita dapat mula-mula tu, report untuk bukak kes. Report yang kita dapat di akhir proses bag tracing adalah report tutup kes. Report tu yang kita perlukan untuk attach dengan dokumen lain untuk buat claim.
5. PERLU KITA BUAT FOLLOW UP DENGAN AIRLINE ATAU TUNGGU SAJA?
Aku sarankan follow up dengan diorg hari-hari. Walaupun diorg rasa jemu, dah memang tugas diorg handle isu penumpang.
Mula-mula, email atau telefon contact details yang tertera dalam report (bukak kes). Selalunya diorg akan main ping pong, airport staff suruh rujuk airline staff, airline staff plak soh kita rujuk balik dengan airport staff, jadi bersabar ye.
Memang senang untuk jadi psiko bila tengok airline macam tak nak tanggungjawab dengan kehilangan beg kita. Tapi menengking staff yang handle isu beg kita tak kan bantu apa-apa. Jadi, kita kena bersabar dan mengucap banyak-banyak.
PESANAN: Akan ada nanti makhluk di kalangan rakan-rakan korang yang akan racun, "Beg ko hilang dah tu, give up je la" atau "Acaner news beg ko? Xde berita? Hilang dah tu, confirm!". Sila tengok video kucing di Youtube untuk selamatkan diorg dari ditumbuk oleh korang.
Bila nampak macam xde hasil, email pon tak berbalas, telefon pon tak diangkat, asyik kena HOLD saja. Pergi ke website rasmi airline yang bertanggungjawab:
Pergi ke bahagian TRAVEL INFO atau BAGGAGE INFORMATION, klik pada "MISHANDLED LUGGAGE" atau "BAGGAGE TRACING", atau apa-apa term yang boleh kasi kita hint yang kita boleh report kes beg kita. Setiap airline, term diorg berlainan.
[WORLD TRACER] Ini adalah contoh page world tracer untuk Japan Airlines. Untuk ke page ni, boleh cari section Baggage Information/Travel Info/Mishandled Baggage dalam website rasmi airline yang bertanggungjawab.
Kita akan dibawak ke page "World Tracer" di mana, page ni akan tunjuk pada kita sendiri lokasi terakhir beg kita. Selain dari tunjuk status beg kita, akan ada satu lagi tab iaitu "Contact Airline". Klik tab itu dan laporkan sekali lagi kes beg kita.
Aku tahu, proses macam berulang tapi ini salah satu inisiatif untuk kita trace beg tu secepat mungkin. Sebab? After 3 minggu kalau takde berita tentang beg kita, airline akan tutup kes dan conclude beg kita as "Lost Luggage" instead of "Delayed Luggage".
[CONTACT AIRLINES] Lepas korang isi info number rujukan & nama korang di World Tracer, korang akan dibawa ke page ni di mana korang bleh tengok sendiri lokasi terakhir beg korang.
Dalam SAS Airways punya world tracer page, ada tab "contact airlines" untuk aku laporkan sekali lagi kes aku. Untuk Japan airlines, mungkin either under "Claims".
Dalam kes aku, lepas aku laporkan sekali lagi kes beg aku under "Contact Airlines", airline staff yang memang handle isu luggage ni, reply message aku the next day. Walaupun aku sebagai penumpang, aku dan airline staff tu berganding bahu untuk trace balik beg aku. Walaupun itu tanggungjawab dia, tapi aku rasa beg aku boleh dapat lagi cepat kalau aku pon hulur bantuan jugak. 3 hari lepas aku balik ke Malaysia, akhirnya beg aku dijumpai di Santorini dan bersedia untuk dihantar pulang.
Di sini aku nak tekankan jugak, betapa pentingnya TRAVEL INSURANCE. Bayangkan kalau aku tak amek travel insurance, segala expenses yang aku keluarkan sepanjang tempoh beg aku hilang, di bawah tanggungan aku 100%. Kalau travel ke Asia Tenggara, xde la terasa sangat. Kalau Europe atau UK? Kering dompet aku. Seketul deodorant pon da 8 Euro kot. Tambah plak aku kena "shopping" kat Santorini. Mampuih kering bajet aku.