Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Malam Ini, Saya Ingin Katakan Kepada Ahli Politik Yang Terlibat Rasuah, 'Tunggulah' - Dzulkifli

27 Jan 2017

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad memberi amaran kepada ahli politik yang terbabit rasuah bahawa mereka tidak akan terlepas dari dikenakan tindakan.

Menerusi satu temubual di televisyen pada Khamis, Dzulkifli berkata, beliau pernah menegaskan bahawa tindakan akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang mengamalkan rasuah, termasuklah ahli-ahli politik tanpa mengira pangkat.

"Pada hari ke-100 saya sebagai ketua SPRM, saya menyatakan bahawa saya tidak akan berhenti daripada mengambil tindakan ke atas ahli-ahli politik.

"Malam ini, saya ingin katakan kepada ahli politik yang terlibat dengan rasuah, 'tunggulah'," katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Selain itu, Dzulkifli juga memberi jaminan bahawa mereka yang melakukan rasuah akan dikenakan tindakan tanpa pilih kasih.

"Tidak timbul isu mereka dilindungi, saya boleh jamin bahawa semua mereka yang melakukan rasuah tidak akan dibiarkan. Saya akan mengambil tindakan terhadap mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih," tegas beliau.

Dzulkifli, bagaimanapun, berkata SPRM mempunyai keterbatasannya sendiri.

"Kita hanya ada 2,900 anggota dan pegawai dalam SPRM, di mana hanya 900 orang melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang, manakala selebihnya, antara lain berada di jabatan pencegahan dan pendidikan.

"Selain itu bajet juga telah dipotong dan ia berada pada tahap paling rendah sejak 2013," katanya.

Dzulkifli, bagaimanapun berkata beliau tidak akan membenarkan keterbatasan ini untuk menghalang mereka daripada menjalankan kewajipannya.

Sumber: mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "