Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ini Bagaimana Mereka Yang Mengalami Buta Warna Melihat Dunia

26 Jan 2017
No Comment

Menurut statistik, 1 dari 200 wanita di dunia dan 1 dari 12 lelaki di dunia mengalami masalah buta warna.

Buta warna, atau kecacatan visi warna, datang dalam beberapa jenis variasi. Jenis buta warna penuh - yang bermakna seseorang yang tidak dapat melihat apa-apa warna - sangat jarang berlaku.

Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang mengalami masalah buta warna mempunyai masalah dalam membezakan antara warna merah, kuning dan hijau.

Namun, penyakit buta warna ini kebiasaan hadir ketika pesakit lahir lagi. Bermakna diri mereka sudah boleh mengadaptasi dengan kecacatan visi itu. Malah, mungkin bagi mereka warna-warna yang dilihat itu adalah normal.

Grafik dari color-blindness.com ini mengillustrasikan empat jenis buta warna yang dialami oleh pesakit.

Sebelum mula, gambar dibawah adalah bagaimana orang normal melihat warna.
Bagaimana orang normal melihat warna.


1 - Deuteranomalia

Bagaimana orang yang mempunyai Deuteranomalia melihat warna.

Pesakit yang mempunyai buta warna deuteranomalia kurang sensitif kepada cahaya hijau. Ia adalah jenis buta warna yang paling biasa dihidapi.

Mereka yang mempunyai kondisi ini biasanya mempunyai masalah membezakan antara merah, hijau, coklat dan oren.

2 - Protanopia

Bagaimana orang yang mempunyai Protanopia melihat warna.

Bagi yang mempunyai Protanopia pula, mereka melihat cahaya merah dan hijau sebagai pudar. Ini disebabkan mereka kurang sensitiviti terhadap cahaya merah.

Seperti deuteranomalia, mereka yang mempunyai kondisi ini biasanya mempunyai masalah membezakan antara merah, hijau, coklat dan oren.

Mereka mudah terkeliru warna hitam dengan merah, coklat gelap dengan hijau gelap dan beberapa jenis warna biru dengan merah serta ungu dengan merah jambu gelap.

3. Tritanopia



Bagi orang dengan Tritanopia pula, mereka banyak terkeliru dengan warna biru muda dengan grey, ungu gelap dengan hitam, hijau pertengahan dengan biru dan warna oren dengan merah.

Jenis buta warna ini sangat jarang dan turut dikenali sebagai 'buta warna biru-kuning'.


4 - Buta Warna Penuh


Mereka dengan buta warna penuh pula tidak boleh melihat warna langsung. Apa yang mereka lihat hanyalah warna gray dan hitam.

Kehidupan mereka dengan buta warna penuh dilihat sangat mencabar kerana sangat sukar buat mereka mengagak warna (yang dilihat orang normal) jika warna-warna itu datang dengan kecerahan yang sama.

Ini pula bagaimana mereka dengan masalah buta warna melihat dunia nyata.

Lampu Isyarat


Pelangi

Kereta


Pizza

Coklat


Sumber: TheSun.co.ukcolor-blindness.com

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "