Tapi, bagi bayi dan kanak-kanak pula, yang tidak boleh berkata-kata untuk memberitahu mereka sakit, ibu bapa akan mengesan dengan perubahan tingkah laku, atau tanda-tanda yang diberikan oleh anak.
Jika bayi, atau kanak-kanak batuk, kita mudah untuk mengetahuinya, namun, sudah pasti untuk memberi ubat, anak-anak ini banyak ragamnya. Untuk itu, seorang ibu, saudari Farhany Ami Murad kongsikan petua untuk hilangkan batuk anak kecil dengan menggunakan buah delima.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
* Untuk baby 6 bulan ke atas
Baru teringat nak share,since salsabila tetiba batuk hari tu kalut nya lah mak dia ni ,risau anak batuk lelama oi. Jangan memain, batuk yang berpanjangan boleh menyebabkan jangkitan kuman dekat paru-paru tau ..Nauzubillahiminzalik
Teringat pernah baca kalau nak hilangkan batuk boleh guna MADU. So far memang ramai kata bagus guna madu. TAPI, bayi bawah 2 tahun tak digalakkan lagi makan madu.
So try cari alternatif lain. Cari punya cari jumpa satu blog suggest guna DELIMA sebagai pengganti madu, function dia sama macam madu, bersifat panas and tergolong dalam kategori makanan yang boleh menghilangkan mukus.
Memang berkesan! Alhamdulillah batuk dia berkurang, dua tiga hari baru perasan yang batuk takde langsung dah. Mak mak yang 'over kalut' mcm kite ni kalau anak batuk or selsema boleh lah try naaa . .
Oh lupa nak bagitau, tindak balas jus delima ni nanti hingus akan cair keluar, sentiasa meleleh. So kena sedut selalu ye and lendir kahak keluar melalui poopoo baby. Ini kesan yang sy nampak dekat Salsabila.
Kalau makin teruk please refer doctor ye?
*bagi minum sehari sekali pon okay dah. Tapi dia ni 'hantu buah' bagi banyak kali pon xpuas
Takda mak yang nak anak sakit, semua mak nak yang terbaik untuk anak memasing tapi sakit demam batuk selsema tu tetap tak boleh nak elak, memang kena lalui jugak. Dari situ lah boleh kutip pengalaman sebagai sorang mak, nanti lama-lama jadi Pro dah. Supermom gituuu !
Anak anugerah ALLAH SWT . Amanah untuk mak ayah, usaha lah beri yang terbaik untuk anak-anak ikut kemampuan kita .
Semoga beri manfaat untuk semua
Semoga beri manfaat untuk semua
Sekali lagi diingatkan, petua ini hanyalah untuk anak kecil yang berumur 6 bulan dan ke atas sahaja.
BACA: Stim Buah Oren Atau Limau Dengan Garam, Petua Untuk Kurangkan Masalah Batuk Berpanjangan Dengan Berkesan