Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Banjir: 30 Buah Sekolah Di Kelantan Ditutup Esok

2 Jan 2017


KOTA BHARU, 2 Jan - Sebanyak 30 buah sekolah di Pasir Mas, Tanah Merah, Tumpat dan Kuala Krai akan ditutup esok susulan banjir yang masih belum surut.

Dalam satu kenyataan malam ini, Jabatan Pendidikan Kelantan berkata penutupan kesemua sekolah itu mengakibatkan 9,501 pelajar dan 958 guru serta kakitangan sekolah tidak dapat menghadiri hari ketiga sesi persekolahan 2017.

Sekolah di Pasir Mas yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, SK Rahmat, SK Gual Tokdeh, SK Rantau Panjang, SK Lubok Stol, SK Sri Rantau Panjang 2, SK Kok Pauh, SK Sri Rantau Panjang 1.

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram, SABK Diniah Bongor, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, SMK Tiang Chandi, SMK Gual Tinggi, SK Kedai Tanjong, SK Bakong, SK Gual Sitok dan SMK Gual Periok.

Di Kuala Krai, sebanyak enam buah sekolah yang terlibat iaitu SK Pemberian, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Pasir Kelang, SK Kuala Nal dan SABK Saadatul Qura.

Bagi Tanah Merah pula, sekolah yang ditutup adalah SMK Ladang Kerilla, SK Ladang Kerilla, SK Sokor, SK Kampung Panjang dan SK Tebing Tinggi manakala di Tumpat, hanya membabitkan SK Pulau Beluru.

Sumber: Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "