Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Benda Yang Tidak Masuk Dek Akal Untuk Dicuba Di Vietnam, Hanya Mereka Yang ‘Hati Kering’ Sahaja Berani Melakukannya

3 Jan 2017
No Comment

Seperti yang telah sedia maklum, Vietnam cukup popular dengan kepadatan penduduk di negara tersebut, lebih-lebih lagi dengan bilangan pengguna motosikal yang memenuhi setiap jalan raya di bandar, mahu pun pelusuk lorong-morong yang ada.

Walaupun dengan kesibukan tersebut, bukanlah bermaksud tiada apa yang menarik di sana, terdapat juga kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pelancong seperti Ho Chi Minh, atau mungkin juga Chu Chi Tunnel, juga Central Post Office.

Namun, untuk menggambarkan betapa sibuknya jalan raya di sekitar bandar Vietnam, saudara Sharifuddin Lennon kongsikan 5 perkara yang tidak logik di akal untuk dilakukan di sana.

Jom kita baca perkongsian darinya.


Kita tak perlu terjun keluar dari kapal terbang dengan parachute untuk jadi daredevil, tak perlu makan serangga atau cacing untuk jadi adventurist, dan tak perlu teriak macam orang Geronimo untuk masukkan sedikit 'devilish thrill' dalam diri. Adakalanya adventure dan risiko tu boleh dicari dalam situasi yang simple dan biasa. Dan kalau kita ni solo traveler, kadang-kadang benda yang simple pun boleh jadi benda yang paling bahaya!

5 daredevil things yang 'boleh dicuba' di Vietnam:

1) Melintas jalan raya yang sibuk

Melintas jalan di Vietnam boleh jadi satu pencapaian hebat kalau kita mampu melintas sendiri. Sebenarnya ada tips kalau nak melintas ni, pedulikan trafik yang gila tu, terus je jalan slow-slow dan dalam masa yang sama, mata perlu alert. Kenderaan yang sesak mungkin akan slowdown untuk bagi kita lepas, tapi mereka takkan stop! Kalau nak try, buat dengan berkumpulan dulu, follow any local people yang melintas. Bila dah biasa & berani, cuba la melintas sendiri!

2) Sewa motor atau basikal untuk pusing-pusing sekitar pekan

Terkenal dengan jolokan 'motorbike capital of the world', lautan motor yang bergerak kat atas jalan bandar Saigon je lebih kurang 4 juta, malah makin bertambah setiap hari. So kalau rasa nak cuba, mulakan dengan jalan-jalan yang kurang sesak di hujung-hujung pekan atau perkampungan. Bila dah rasa berani untuk cabar diri, cubalah tunggang motor di tengah bandar pada waktu puncak!

3) Naik beca

Selain terdedah dengan udara yang kotor, naik beca pusing-pusing sekitar pekan memang mendatangkan rasa takut bila kereta & motor bersimpang siur kat kiri kanan depan belakang, tambahan pulak kalau ada lori atau bas kat sebelah!

4) Naik motor beramai-ramai

Antara satu moment yang aku tak lupa, naik motor 3km berlima. Aku duduk paling belakang sekali, betul-betul kat atas besi. Rasa macam nak jatuh ke belakang. Rider duduk atas tank kawal throttle, penumpang ketiga pulak main gear dan brek. Gelak ketawa sepanjang perjalanan tu dah buat aku ni macam sebahagian dari warga Vietnam. Haha!

5) Makan Street food

Street food memang budaya dan makanan utama orang Vietnam selain menjadi fast food untuk diorang. Ramai tourist pesan supaya elakkan street food kat Vietnam sebab ada kes orang yang sakit perut & cirit birit lepas makan. Tapi nak buat macam mana, backpackers memang tak kisah semua tu asalkan dapat berjimat. Dimasak on the spot kat tepi jalan, memang takde jaminan makanan tu bersih macam kat restoran. Tapi inilah pot terbaik kalau nak tengok macam-macam ragam jalanan

Berani? Cubalah.

Ianya hanyalah perkongsian bagi menggambarkan betapa sibuknya, dan padat di sekitar bandar, dan jalan raya kota Vietnam, tidak bermaksud untuk menggalakkan anda melakukannya, hanyalah pengalaman dari saudara Sharifuddin Lennon sahaja. Buat mereka yang bercuti, atau melancong di Vietnam, utamakan keselamatan anda, pastikan anda sentiasa sihat, dan jauh dari bahaya. – Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "