Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gesa Harimau Malaysia Tarik Diri Dari Perlawanan Piala AFF di Myanmar

22 Nov 2016

KULIM, 22 Nov - Pas Kulim-Bandar Baharu menggesa agar pasukan bola sepak Harimau Malaysia menarik diri dari menyertai perlawanan Piala AF di Myanmar sebagai tanda solidariti membantah kekejaman rejim Junta terhadap umat Islam di negara itu.

Menurut Naib Yang Dipertuanya, Mohd Khairi Salleh, rejim Junta bertindak kejam dan melampaui norma kehidupan apabila mencabuli hak etnik Rohingya yang beragama Islam.

"Junta terlalu melampau, sepatutnya kerajaan yang dipilih secara demokrasi mengutamakan hak semua termasuk etnik Rohingya. Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam juga sepatutnya menggunakan saluran Asean untuk menekan pentadbiran Yangoon secara politik.


Langkah menarik diri daripada terlibat dalam sukan berprestij itu adalah pengajaran buat Myanmar yang menindas etnik Rohingya,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sebelum ini, laporan media antarabangsa melaporkan beribu-ribu penduduk Rohingya di Rakhine, berdekatan dengan sempadan Bangladesh, meninggalkan kampung halaman mereka bagi mengelak menjadi mangsa kekejaman yang dikatakan melibatkan pasukan keselamatan Myanmar.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "