Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

AFF Suzuki: Makan Sambil Tonton Perlawanan Malaysia vs Myanmar di Seremban 26 Nov ini. Masuk, Makan & Tonton Percuma.

23 Nov 2016


Baru-baru ini, dua gol Amri Yahyah berjaya menundukkan Kambodia dari mara dalam peringkat pasukan piala AFF Suzuki 2016.

Dalam perlawanan itu, Malaysia menang 3-2. Biarpun tipis, ianya satu sepak mula yang baik untuk pasukan kebangsaan.

Seterusnya, Malaysia dijadualkan menentang Myanmar pada 26 November ini (Sabtu). Sebagai peminat setia pasukan kebangsaan, adakah cukup sekadar memberi sokongan di rumah sahaja?

Sekiranya anda gemarkan suasana meriah perlawanan bola, jangan lepaskan peluang menonton bersama-sama peminat pasukan kebangsaan yang lain-lain di Dataran Centrio, Seremban 2.

Program anjuran Foodcode itu bukan sahaja menyajikan lintas langsung perlawanan AFF Suzuki, malah turut menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.

Artis yang akan memeriahkan Foodcode seremban adalah Hazama, Firman dan juga Angah Raja Lawak.

Bukan itu sahaja, perut pengunjung juga akan turut 'dihiburkan' dengan masakan-masakan unik dari Juara Masterchef Selebriti, Dato' Fazley Yaakob dan juga 2,000 makanan percuma.

Untuk menyertai acara ini, boleh layari laman acara Foodcode Seremban. Masuk adalah percuma.

Bagi yang belum tahun, Foodcode sebelum ini pernah menganjurkan program yang sama di Kota Bharu dan Alor Setar.

Saksikan promo kemeriahan Foodcode di laman Facebook Foodcode.

Untuk merasai pengalaman baru merasai makanan unik, bolehlah hadir ke Foodcode Seremban pada 26 November ini. Layari laman acara Foodcode Seremban untuk maklumat lanjut.

Selepas Seremban, Foodcode akan berlangsung pula di Stadium Darul Makmur, Pahang bermula dari jam 4 petang sehingga 11 malam pada 3 Disember ini. Foodcode Kuantan itu akan dimeriahkan oleh persembahan dari Tomok, De Fam dan juga Projector Band.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "