Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ular Tedung Selar Telan Ular Sawa Dalam Reban Ayam

10 Okt 2016
No Comment
Foto: Ihsan Bomba 

SEREMBAN: Bunyi bising ayam telah membuatkan seorang lelaki bergegas ke reban ayam miliknya, beliau yang sampai nyata terkejut selepas menemui seekor ular sawa yang menceroboh rebannya sedang ditelan oleh seekor ular tedung selar sepanjang 2.5 meter di Kampung Gadong Jaya, Labu, di sini, malam tadi.

Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Seremban, Prebet V Yogeswaran, berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 8.40 malam di mana pemilik reban itu meninjau rabannya ekoran bunyi bising.

"Dia kemudian mendapati seekor ular yang agak besar di atas lantai dan apabila melihat lebih dekat, ia adalah ular tedung selar yang sedang menelan seekor ular sawa. 

"Lelaki itu mendapati tiada ayamnya yang hilang, justeru berpendapat ular sawa itu tidak sempat memakan ayam di reban itu apabila diserang ular tedung selar berkenaan," katanya dipetik laporan Berita Harian.

Beliau telah menghubungi pihak Bomba bagi mendapatkan bantuan di mana pihak bomba mengambil masa lima minit untuk menangkap ular seberat lapan kilogram itu yang diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( PERHILITAN). - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "