Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tombili Si Kucing Viral Mati, Tugu Seperti Kucing Sedang Bersantai Di Bina Bagi Memperingati Kematiannya

5 Okt 2016
No Comment

Sudah pasti ramai kita pengguna media sosial daripada Malaysia sendiri pernah melihat gambar kucing sedang bersantai dengan pose yang menarik seperti di atas.

Kucing ini dikenali sebagai Tombili, yang merupakan kucing montel yang amat disayangi di kejiranan Ziverbey, Istambul, Turki, namun pada Ogos lalu, kucing ini telah mati selepas dijangkiti penyakit misteri.

Gambar kucing ini menjadi terkenal selepas gambarnya yang sedang bermain dengan orang ramai seperti duduk dalam keadaan sedang bersantai di kaki lima telah menjadi viral seluruh dunia.

Ada pengguna menyunting gambarnya seperti sedang mabuk bagi menimbulkan kelucuan daripada gambar berkenaan.

Dengan kematian Tombili ini, penduduk kejiranan berkenaan menggesa kerajaan tempatan supaya membina tugu peringatan untuknya yang menjadi maskot dan kebanggaan kawasan berkenaan.


Ketika kematian Tombili, penduduk kejiranan berkenaan telah berkabung dengan mengedarkan 'flyers' gambar Tombili dengan tulisan berbunyi "Kamu akan terus kekal hidup di dalam hati kami wahai maskot jalananku."di mana turut menyatakan tarikh 1 Ogos sebagai hari kematiannya.


Untuk menghasilkan patung ini seorang pengukir tempatan bernama Seval Şahin telah bersetuju untuk membuat sebuah patung gangsa dengan posisi pose terkenal sehingga dia dikenali ramai.

Patung ini telah dirasmikan pada 4 Oktober pada Hari Haiwan Sedunia di mana beratus-ratus orang telah datang untuk memberi penghormatan, menyalakan lilin, memberi makanan kepada kucing jalanan selain meletakkan bunga dan ia disiarkan secara lansung di TV Turki. - Siakapkeli.my





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "