Sudah pasti ramai antara kita yang suka membawa keluarga bercuti pada hari cuti umum, banyak lokasi di Malaysia yang menarik boleh kita kunjungi.
Ramai juga yang sebenarnya ingin membawa anak-anak beriadah di lokasi-lokasi seperti taman tema terkenal seperti Legoland, Sunway Lagoon, Bukit Gambang, Bukit Merah dan pelbagai lagi, namun kalau dilihat harga tiket masuk ke taman tema ini agak mahal dan sudah pasti untuk membawa masuk keluarga banyak perbelanjaan perlu dikeluarkan.
Tahukah anda bahawa sebenarnya selain beli secara 'walk ini' anda boleh boleh berjimat untuk dapatkan tiket-tiket ini dengan harga yang lebih murah dan sah.
Hasil percubaan kami sendiri, kami telah menggunakan laman web wonderfly yang memang terbukti lebih murah daripada beli sendiri di kuanter, jadi tak salah jika kami kongsikan berita baik ini kepada semua.
SUNWAY LAGOON
Jika anda beli secara 'walk in' di kuanter, anda perlu membayar RM120 untuk dewasa tetapi jika anda beli tiket Sunway Lagoon di web wonderfly anda hanya perlu membayar RM90 untuk tiket dewasa iaitu termasuk pass ke 6 Theme Park seperti
NICKELODEON THEMED LAND
SUNWAY LAGOON WATER PARK
SUNWAY LAGOON AMUSEMENT PARK
SUNWAY LAGOON WILDLIFE PARK
SUNWAY LAGOON EXTREME PARK
SUNWAY LAGOON SCREAM PARK
Gambar bawah adalah harga 'walk Ini' sendiri untuk pemegang MyKad.
Dari website Sunway Lagoon.
Jadi kita boleh jimat sebanyak RM30, jika pergi dengan keluarga seramai 5 orang maksudnya kita sudah dapat jimat sebanyak RM150. Namun anda perlu tempah sekurang-kurangnya 1 hari awal dari tarikh yang dipilih.
LOST WORLD OF TAMBUN, IPOH, PERAK
Harga 'walk ini' adalah RM72 bagi dewasa, jika anda beli secara atas talian di wonderfly, anda akan dapat menikmati harga hanya RM47.50 iaitu jimat RM24,50 di mana tiket termasuk Water Park, Amusement Park, Toger Valley, Tin Valley, Petting Zoo dan Shot Spring & Spa.
BUKIT GAMBANG WATER PARK, Pahang
Dari web Bukit Gambang water park
Web wonderfly
Jika anda membeli tiket dengan pakej secara 'walk in' anda akan dikenakan cas sebanyak RM360 untuk 2 keping pass masuk ke water park, sebuah bilik Studio untuk dua orang dewasa penginapan 2 hari 1 malam untuk bilik studio. Jika anda membeli di wonderfly anda hanya perlu membayar RM188 untuk pakej yang sama iaitu jimat sebanyak RM172.
Bagi pakej Bukit Gambang Family Suite Room iaitu untuk 4 orang, dengan 4 keping pass masuk water park dan penginapan 2 hari 1 malam, anda hanya perlu membayar RM308 dari harga asal iaitu RM577, anda jimat RM69. klik sini. wonderfly.
HONG KONG DISNEYLAND
Jika anda ingin melancong ke luar negara seperti ingin melawat Disneyland Hong Kong, anda juga boleh mendapatkan tiket yang murah daripada harga asal.
Harga 'walk ini' untuk satu keluarga adalah RM779, jika anda tempah melalui wonderfly anda akan memperoleh harga hanya RM638 iaitu jimat RM141, jika dua hari anda hanya akan dikenakan RM920 iaitu jimat RM447, tetapi hanya sah untuk mereka yang memegang pasport antarabangsa Malaysia. memang berbaloi
Cara pembeliannya, hanya perlu Register, Book Trip Now, isi semua maklumat termasuk emel serta pembayaran dan hantar, tidak lama selepas itu anda akan dapat satu emel pengesahan, isi butir-butir dan pilih tarikh, hantar semula, dan kemudian anda akan dapat e-voucher, print dan bawa ke kuanter taman tema pada tarikh dipilih.
Lihat promo di facebook Wonderfly
Sebenarnya wonderfly berkenaan menyediakan banyak pakej taman tema utama dan beberapa hotel yang amat murah daripada harga pasaran termasuk di Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Jadi anda bolehlah cari sendiri lokasi pilihan anda dengan harga yang lebih murah daripada harga sebenar. Rancanglah perbelanjaan anda sebaik mungkin.- Siakapkeli.my