Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(6 Foto) Cucu Kata Nampak 'Kucing' Besar

3 Okt 2016
Foto @RazaSyazani 


JERANTUT, 3 Okt - Penduduk di Felda Gelanggi 3 gempar apabila seekor harimau yang dipercayai jenis harimau akar berkeliaran di kawasan rumah penduduk Blok L di sini pagi tadi.

Harimau itu pada mulanya dilihat oleh seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang pada ketika itu secara kebetulan sedang makan rambutan di hadapan rumah.

Kanak-kanak tersebut, Muhammad Afiq Irfan Mohd Khaidri berkata dia terkejut dengan apa yang dilihatnya kemudian memaklumkan perkara itu kepada ibu bapanya.

"Masa itu saya pusing nak masuk rumah, lepas itu saya nampaklah. Saya bagitau ayah saya. Ayah kata itu harimau. Ayah suruh masuk dalam. Kemudian saya beritahu Aki (datuk)," katanya.

Menurut Datuk adik Afiq, Ramli Othman, 60, kejadian dianggarkan berlaku sekitar 7.30 pagi.

"Cucu beritahu ada kucing besar. Saya pun keluarlah tengok. Sekali saya nampak duduk dekat depan rumah jiran. Hendak makan ayam agaknya.

"Ini pertama kali saya tengok harimau itu. Saya diberitahu ia sejenis harimau bintang atau harimau akar. Saya yang terkejut masa itu terus menghubungi rakan dan pihak berkuasa," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sementara itu, disebabkan keadaan yang sesak dengan orang ramai, seorang peniaga air, Abdul Jalil Setapa, 40, bertindak membuka gerai air di hadapan rumahnya.

Abdul Jalil berkata, dia ketika kejadian sedang bersiap-siap hendak berniaga di bandar namun hasratnya terbantut kerana lori perniagaannya dihalang oleh kenderaan orang ramai yang datang untuk melihat harimau terbabit.

"Saya pun teruslah buka gerai saya di sini dan Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki saya hari ini kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Kota Gelanggi 3, Mohd Saifulrizam Bahari, 29, pula berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan itu.

"Kalau hendak diikutkan jarak antara rumah penduduk dengan hutan agak jauh juga lebih kurang sekitar 10 kilometer. Tidak tahu bagaimana ia boleh datang ke sini.

"Saya ada dengar ada orang kata ada 'aktiviti' dalam hutan terbabit namun saya tidak pasti. Mungkin sebab itu ia datang ke kawasan ini. Namun mungkin juga ia sedang memburu makanannya sehingga tersesat ke sini," katanya.

Sumber : Sinar Online, Twitter











Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "