Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiada Kes Penculikan Ngeri Berlaku Seperti Didakwa, Wanita Sebar Cerita Palsu Ditahan

23 Sep 2016
No Comment

Gara-gara memuatnaik berita palsu kononnya berlaku kes penculikan ngeri di dalam laman Facebooknya, seorang wanita telah ditahan pihak polis semalam.

Suspek dikatakan telah menyebarkan berita kononnya dua orang kanak-kanak telah diculik di Johor di mana mayat dua kanak-kanak tersebut ditemui di tepi sungai di negeri ini dengan keadaan organ dalamannya sudah dikeluarkan.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata,suspek telah berjaya ditahan di kediamannya di Desa Coalfields, Sungai Buloh dekat Selangor kira-kira jam 6.30 petang semalam.

"Wanita terbabit memuat naik berita palsu berkenaan dalam Facebooknya untuk tujuan dilihat dan dibaca orang ramai.  

"Saya sudah menegaskan tiada kejadian seperti itu dilaporkan berlaku di Johor dan perbuatan sedemikian boleh menimbulkan keresahan serta suasana tidak tenteram kepada orang ramai," katanya dipetik laporan BH Online.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Pemilik akaun terbabit ditahan sebagai satu pengajaran kepada pengguna internet yang lain supaya tidak menyalahgunakan aplikasi berkenaan bagi menyebarkan berita palsu," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "