Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Viral Curi TV 50 Inci, Pihak Polis Berjaya Kesan Lokasi TV Disembunyikan

5 Ogo 2016
No Comment

Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Sarawak telah berjaya menemui semula TV yang telah dilarikan oleh dua suspek semalam di mana video mereka menjadi viral di laman Facebook, lapor Sarawak Update.

Pihak polis telah berjaya menjejaki suspek sehingga ke sebuah rumah di Kampung Samariang Pinggir, Petra Jaya, Kuching namun suspek tiada di rumah berkenaan.

Satu pasukan polis diketuai, Sub Inspektor Simon Loh berkata, ketika ini pasukan polis masih berada di rumah itu dan suspek sudah dikenalpasti.


Kredit Gambar: Sarawak Update

Dalam kejadian semalam, dua orang lelaki memasuki sebuah kedai barangan elektronik di Jalan Urat Mata, Kuching lalu melarikan sebuah TV 50″ menggunakan sebuah motosikal.

TV berukuran 50 inci berharga RM6,000 itu telah dicuri kira-kira jam 12.45 petang di mana suspek dan rakannya telah memasuki kedai elektronik berkenaan sebelum nekad melarikan tv besar itu.

Seorang suspek dilihat mencabut kabel TV sebelum mengangkatnya dari rak pameran, menurut seorang saksi berkata mereka dilihat menunggang motosikal itu ke arah Batu Kawah. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "