Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Olimpik : "Saya Datang Bulan" - Jawapan Jujur Atlet Renang China Ketika Perjelas Mengapa Gagal Beraksi Cemerlang Curi Tumpuan

17 Ogo 2016


Rio - Seorang atlet renang China menjadi tumpuan dunia apabila dia dengan jujur memberikan 'datang bulan' sebagai jawapan mengapa dia tidak beraksi dengan bagus ketika dalam acara renang wanita 4x100 meter medley berganti-ganti.

Pasukan tersebut meraih tempat keempat dalam acara tersebut.

Ketika pasukannya sedang ditemurah oleh stesen televisyen, Fu Yuanhui dilihat sedang tertunduk-tunduk kesakitan.

Ketika Fu ditanya oleh wartawan CCTV adalah perutnya sakit, Fu pada mulanya meminta maaf kepada ahli pasukan kerana tidak dapat beraksi dengan baik, sebelum mendedahkan dia datang bulan.

"Saya datang bulan malam semalam dan saya sangat letih sekarang," kata Fu.

"Tapi ini bukannya satu alasan, saya masih tidak melakukan yang terbaik".

Di media sosial China, kenyataan Fu itu mencuri tumpuan kerana di negaranya haid adalah perkara yang tidak diperbualkan umum.

"Wow, dia masih berenang biarpun sedang datang bulan? Ini sungguh mengharukan", tulis seorang peminatnya.

Selain di China, pengakuan Fu itu turut mencuri tumpuan antarabangsa seperti Dailymail, Metro.co.uk dan banyak lagi.

Fu sebelum ini turut mencuri tumpan apabila membuat ekspresi muka yang melucukan selepas terkejut apabila diberitahu dia beraksi dengan cemerlang dalam satu acara berenang yang lain. - Siakapkeli.my

Eskpresi muka Fu yang mencur perhatian umum

Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "