Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mayat Di Kg Kemensah Sah Adik Noor Amila Edrus

18 Ogo 2016


KUALA LUMPUR , 18 Ogos - Mayat kanak-kanak yang ditemui di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang tengah hari tadi disahkan sebagai Noor Amila Edrus Norsham yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali kepada media, sebagaimana lapor Bernama.

Tambah beliau, pihak polis bagaimanapun masih lagi menunggu hasil bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian kanak-kanak itu.

"Sekarang kita sedang tunggu keputusan forensik dan saya tidak boleh dedahkan apa-apa setakat ini, bimbang mengganggu siasatan," kata Abdul Hamid.

Adik Noor Amila Edrus, yang dilaporkan hilang di Jinjang Utara ditemui sekitar jam 12.30 tenghari tadi selepas hilang selama seminggu.

Dia dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang hingga waktu Maghrib.

Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa yang ditahan sebelum ini, membawa polis ke lokasi penemuan itu, kata satu sumber.

Sumber : Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "