Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Pasangan Kenit Ini Teringin Diiktiraf Sebagai Pasangan Paling Pendek Di Dunia Bila Kahwin Nanti

8 Ogo 2016
No Comment

Itupeva (Brazil): Menjadi impian setiap pasangan ingin menjadikan yang terbaik di hari penikahan mereka nanti, bagi pasangan kekasih kenit, Paulo Grabrile da Silva Barros,30, dan Katyucia Hoshino, 26, mereka turut mengharapkan sesuatu apabila mereka berkahwin nanti.

Barros yang setinggi 88 sentimeter mengharapkan perkahwinan dengan Katyucia  yang setinggi 89 sentimeter nanti menjadikan mereka diiktiraf sebagai pasangan paling pendek di dunia.

Beliau sebelum ini dkatakan telah melamar kekasihnya itu di sebuah restoran sushi di Itupeva, Brazil untuk menjadi teman hidupnya.

Menceritakan mengenai perasaannya ketika melamar Katyucia, Barros mengaku dia memang gementar.

“Apa yang saya rancang hendak cakap semuanya tak keluar. Saya akhirnya bercakap apa yang ada dalam hati saya ketika itu,” kata Barros menceritakan pengalaman melamar kekasihnya yang dikenali sejak lapan tahun lalu.

Menurut Katyucia, dia pada awalnya tidak percaya Barros melamarnya dan perlu diyakini beberapa kali sebelum menerima lamaran itu.

“Kami akan cuba mendapat pengiktirafan itu menerusi Rekod Dunia Guinness,” katanya menharapkan sesuatu yang istimewa pada hari perkahwinan mereka nanti.

Menurut Katyucia, walaupun belum menetapkan tarikh perkahwinan, dia sudah mula merancang pakaian yang akan dipakai pada majlis itu.

“Itu bahagian paling menyeronokkan untuk berkahwin,” katanya. - Siakapkeli.my








Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "