Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pernah Alami Masalah Teruk Di Kulit Muka, Wanita Ini Kongsi Tips Penting Untuk Elakkan Jerawat

20 Jul 2016
No Comment

Sudah menjadi lumrah wanita memang tidak dapat dipisahkan untuk mencantikkan diri, seperti kita sedia maklum, ada antara mereka sanggup berhabisan ribuan ringgit menggunakan teknologi luar negara yang canggih.

Ada mereka yang memilih menggunakan produk herba, ada mereka yang memilih menggunakan pelbagai jenis produk sehingga pelbagai kes yang terjadi kerana tidak sesuai dengan kulit.

Seorang wanita bernama Puteri Nurfarahain telah berkongsikan tips bagaimana untuk mengelakkan jerawat memenuhi ruang muka anda berdasarkan pengalamannya sejak dua tahun lepas di mana dia sebelum ini menghadapi masalah kulit muka yang teruk.


Jom kita baca.

SAPE BERJERAWAT, TAKNAK BACE, RUGI!!!

Tergerak hati nak tulis post nie, kesian kat adik yang tumbuh jerawat penuh 1 muka, dik.. u are not alone.. banyak lg yang cantik tapi muka naik jerawat penuh satu muka. check balik keyh ape yang patut.

ok untuk yang senasib dengan kakput dulu, marilah kakput share punca breakout.. yes my skin sangat senang breakout, lepastue parut nauzubillah bertahun nak hilang guys, nasib ade dermaroller.. kurang lah sikit penderitaan beta. hahahah...

dengan ini kakput share ape yang patut korang jaga if korang muka berjerawat, yang xde jerawat jangan hina orang berjerawat, kang kene tulah baru tahu... jgn dok bangga, i pakai safi je, muka i flawless.. (dengan nada bongkak) x semua nasib baik mcm awk, bersyukur tanpa menyakitkan hati orang lain blh??

and tak perlu kot hina local product, jerawat nie bukan orang malaysia je kene.. omputih lagi teruk2 pakej dgn jeragat lagi. takkan dorang breakout sebab pakai product malaysia kot?? kalau 1jenis product tue sesuai dgn semua jenis makhluk kat muka bumi nie, memang tak wujudlah qu puteh dato arip vida bagai tue.

beauty need patience...

kalau was2 dgn product tempatan, just dont buy... 
iolls pakai skII pon breakout pa citaaaa??

Gambar 2 tahun lepas

Masalah hormon

Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Hmm...sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.

Tapi benda nie bergantung juga, hormon tak stabil pon boleh menjadi punca jerawat juga tau. Cara kawal hormon anda blh amalkan evening primerose , atau jamu puteri yang put jual.

Pakaian

Haa..jangan tak tau..pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih.

Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer..Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri(Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). 

Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan. Ye anak2?? Yang paling penting jaga kebersihan pakaian, nak muka cantik kene jadi pembersih sikit tau! Jgn muka cantik tp mak oih baju kepams..


Pancaran cahaya matahari

Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat. Selalunya if jerawat naik, korg xblh pakai sunblock yg berminyak, pakai yg light contoh nya bb cream . Jgn pakai yg terlalu heavy yg blh buatkan pores korg clog.

Penggunaan kosmetik dan alat solek

Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

Its depends, jerawat nie punca dia mcm2.. The moral of the story reti bersyukur jgn hina org ade jerawat keyh?? Hihik..xsemua product sesuai dgn kulit kita, walaupon branded brand..the most important thing is know your skin.. Iolls pernah pakai skII then breakout teruk ape cite??its our choice baby..

Gambar terkini.

Stress

Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. 

Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang akan timbul hewhew. Jgn stress, banyak jerawat jgn dok tgk cermin sangat nnt lg stress sbb muka xlicin.

Pengambilan makanan

Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. 

Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat. Seafood juga tidak digalakkan bagi penghidap jerawat nie, sebab seafood mengandungi toksin yang tinggi dan menyebabkan usus kotor jesteru menjadi punca timbulnya jerawat. Selain itu pemakanan yang sihat juga perlu diamalkan bagi menghasilkan kulit yang baik, we are what we eat right ??


Masalah Jangkitan Bakteria

Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan bakteria ini ke bahagian yang lain pula. Anda juga perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling yang akan menjadi punca jerawat, elakkan pakai tudung yang sama berulang kali dan juga basuh cadar dengan kerap. Jangan simpan sampai kepams keyh??

share kalau korang rase manfaat.

nie kakput share punca jerawat, nanti kakput share pulak cara cure jerawat , dgn lebih mendalam kalau rajin. Xjanji keyh??? Dah, berubahlah..menyalahkan product xmenjanjikan korang punye kulit pulih semula..

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "