Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Menyamar Anggota PASKAL Ditahan, Lengkap Dengan Senjata Api & Peluru

1 Jun 2016


Alor Gajah, 1 Jun - Seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditahan oleh polis ketika dia memandu sebuah van di KM 210 Lebuhraya Utara Selatan arah utara kira-kira jam 3.45 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz, beberapa kelengkapan seperti senjata, peluru serta kelengkapan lain ditemui di dalam van terbabit.

Kata beliau juga, lelaki yang berusia 41 tahun itu ketika ditahan berpakaian lengkap seragam PASKAL. Dia ditahan oleh unit kereta peronda yang terserempak dengannya dalam keadaan mencurigakan.

"Curiga dengan kenderaan yang dipandu suspek dalam keadaan laju, anggota MPV kemudian menahannya sebelum mendapati suspek gagal menunjukkan kad kuasa PASKAL dengan memberi alasan tertinggal di rumah.

"Pemeriksaan dilakukan menemui tiga senapang, 77 butir peluru, dua pistol, walkie talkie serta beberapa alatan lain di dalam van berkenaan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 Kanun Keseksaan.

Suspek juga didapati mempunyai rekod kesalahan lampau yang membabitkan kesalahan sama dan pernah dipenjara enam bulan pada 2012. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "