Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Israel Mahu Bina Tembok Konkrit Bawah Tanah Sepadan Gaza-Israel

18 Jun 2016
No Comment

TEL AVIV: Pihak berkuasa Israel dalam satu pendedahan yang dilakukan The Jerusalem Post mendedahkan bahawa merancang untuk membina dinding konkrit bawah tanah di semapada semenanjung Gaza-Israel.

Menurut laporan portal berkenaan, tujuan tembok bawah tanah itu dibina untuk memerangi ancaman terowong Hamas menyeberangi ke negara itu dari Gaza.

Tembok tersebut yang dikatakan sepanjang 96 kilometer itu akan melewati Semenanjung Gaza dimana akan ditanam berbelas meter di bawah tanah.

Anggaran kos pembinaan tembok konkrit tersebut akan menelan belanja sekitar AS$568juta (RM2.32 bilion).

Tembok ini akan menjadi sistem pertahanan ketiga seumpama ini yang akan didirikan di sepanjang sempadan.

Berdasarkan rekod, tembok pertama dibina 60km pada tahun 1994, berikutan Perjanjian Oslo, tembok kedua dibina berikutan keputusan Israel diasingkan dari Gaza pada tahun 2005.

Bagaimanapun sistem ini tidak terbukti berjaya memerangi serangan ancaman terowong.

Sebelum ini, pihak Israel telah menemui terowong rahsia milik Hamas yang menghubungkan Gaza dengan Israel pada bulan April dan Mei.

Hamas telah mengesahkan ia sedang membina terowong baru di mana sebelum ini penduduk di komuniti Israel di selatan yang bersempadan dengan Gaza telah melaporkan mendengar bunyi menggali di bawah rumah mereka.

Pendedahan itu juga mendakwa terowong Hamas menggunakan terowong untuk mengelakkan atau melancarkan serangan, menyimpan senjata, dan memasuki Israel.

Hamas berkata, bagaimanapun, terowong diperlukan untuk mempertahankan terhadap serangan Israel. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "