Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Akaun Media Sosial Mark Zuckerberg 'Digodam', Peggodam Dedah Password Yang Digunakan Adalah "dadada"

7 Jun 2016

Akaun media sosial pengasas Facebook, Mark Zuckerberg telah 'digodam' oleh satu kumpulan penggodam yang menamakan diri mereka sebagai OurMine.

Akaun media sosial Mark Zuckerberg yang telah digodam adalah akaun Twitter, Instagram dan Pinterest pada minggu lalu.

Portal Engadget melaporkan, satu siri tweet di Twitter Mark menyebut: "Hey @finkd (nama Twitter mark Zuckerberg) kami ada akses ke akaun Twitter anda & Instagram dan Pinterest, kami cuma melakukan testing terhadap keselamatan anda, tolong dm kami".


Bagaiamnapun, Twitter dengan cepat menyekat akses terhadap akaun Mark Zuckerberg itu dan membuang semua tweet yang dikeluarkan oleh akaun tersebut.



Difahamkan, penggodam tersebut telah mendapat password itu dari database Linkedin yang telah terbocor dan juga dipercayai Mark Zuckerberg menggunakan password yang sama untuk akaun-akaun lain yang telah digodam.

Linkedin telah pun menasihati penggunanya agar menukar password selepas kebocoran maklumat itu berlaku. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "