Lelaki Parah 'Dimakan' Eskalator ketika Buat Penyelenggaraan
China, 29 Mei - Seorang lelaki yang ditugaskan untuk menyelenggara sebuah eskalator di Chongqing cedera teruk apabila 'dimakan' oleh mesin itu.
Menurut Tencent, insiden itu berlaku pagi ini diluar sebuah pasaraya yang terletak berdekatan dengan kampus di Universiti Southwest.
Menurut Shanghaiist, difahamkan lelaki itu ditelan oleh mesin tersebut kerana tidak mencabut wayar kuasa mesin tersebut sebelum memulakan kerja.
Lelaki terbabit terlekat di eskalator tersebut sehinggalah bomba tiba di lokasi kejadian.
Dia dilaporkan mengalami kecederaan teruk namun berada dalam keadaan stabil. - Siakapkeli.my