Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Permaisuri Luah Rasa Kekurangan Dengan Kembara Mahkota Johor Tahun Ini Tanpa Kelibat Tunku Jalil

14 Mei 2016
No Comment

Seperti kebiasaannya setiap tahun, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bersama permaisuri dan anakanda baginda akan melawat rakyat-rakyat jelata dalam Kembara Mahkota Johor (KMJ).

Tuanku Sultan akan memberikan bantuan kepada rakyat-rakyat yang memerlukan selain beramah mesra bersama rakyat diseluruh pelusuk negeri Johor.

Namun, KMJ tahun ini nampaknya sedikit hiba bagi Tuanku Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah apabila tuanku permaisuri melahirkan rasa kehilangannya dalam jelajah KMJ kali ini.

Kehilangan yang dimaksudkan ialah ketiadaan Tunku Jalil yang telah bertemu Maha Penciptanya tahun lalu kerana menghidap kanser.

Jom kita baca apa yang Tuanku permaisuri luahkan.

Sayangku, Lil.

Paduka kekanda sulung mu, adindanya Che' Puan Khaleeda serta kekanda Inah, kini berada di Kuala Lumpur bagi keberangkatan ke pertandingan bolasepak malam ini dan tidak bersama kami pagi tadi. 

Sepertimana dikala lain apabila kami semua bersama di majlis-majlis rasmi, Mama akan mengira berapa orang anak lelaki Mama yang turut serta bersama Mama. Mama kekurangan seorang. 

Lil yang tiada rupanya. 

Benar bak kata kekanda mu, Idris : bagaimana pun sukarnya, kami perlu terus tersenyum, berjumpa semua yang ada, dan terus menunaikan tanggungjawab kita. Hidup ini tidak akan sama lagi seperti dahulu. 

Moga Lil berada dikalangan mereka yang beriman.

- Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "