Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Power Bank Ciptaan Pelajar MRSM Menang Anugerah Antarabangsa, Ketepikan 1,000 Ciptaan Lain

20 Apr 2016
Ahmad Asyraf (kiri) dan Ahmad Luqmanul Hakimserta guru pengiring, Anuar Ghani (tengah) bergambar bersama pingat yang dimenangi dan produk ciptaan mereka iaitu power bank pada pertandingan Reka Cipta Antarabangsa, Geneva, Switzerland ketika tiba di KLIA. FOTO Mohd Fadli Hamzah
SEPANG, 20 April - Dua  pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu berjaya mengharumkan nama negara apabila merangkul pingat emas dan anugerah ciptaan terbaik keseluruhan pertandingan reka cipta di Pameran Reka Cipta Antarabangsa Gevena 2016 di Switzerland.



Pelajar tingkatan lima dari sekolah berkenaan, Ahmad Asyraf Aqil Ariffin dan Ahmad Luqmanul Hakim Ahmad Tarmizi mengetepikan cabaran 1,000 ciptaan lain dari 758 peserta yang hadir dari 48 negara dengan ciptaan mereka iaitu "Power Bank: EXIECO PB".

Menurut Aqil idea rekaan power bank yang kuasanya dijana melalui air garam itu tercetus dari pengalamannya berdepan masalah bekalan elektrik ketika rumahnya dilandar banjir.

Beliau berkata selain boleh menghasilkan tenaga sehingga 6.5 volt, power bank itu juga mesra alam dan ringan serta khusus untuk pengecasan telefon.


Ahmad Asyraf Aqil berkata power bank itu dibangunkan dengan hanya menggunakan tiga komponen utama iaitu arang, aluminium dan air garam yang bertindak menghasilkan kuasa.

"Penggunaan power bank ini tidak memberi sebarang kesan negatif kepada pengguna kerana mesra alam dan MRSM juga telah menghantar ciptaan kami ini kepada pihak berkenaan untuk dipatenkan," katanya yang berasal dari Kelantan

Katanya lagi selepas diumumkan sebagai pemenang utama keseluruhan bagi hadiah yang ditaja kerajaan Mesir itu, produk ciptaan mereka telah menarik perhatian wakil daripada beberapa negara seperti Nigeria dan Algeria yang menyatakan hasrat untuk memasarkannya di negara masing-masing selepas dipatenkan.

Hasrat itu telah dipanjangkan kepada pihak MRSM untuk menguruskannya kerana banyak prosedur yang perlu dipatuhi dan dipenuhi sebelum ciptaan dapat dipasarkan di negara berkenaan, katanya.

Sementara itu, Ahmad Luqmanul Hakim berkata kejayaan itu merupakan sesuatu yang diimpikan kerana selain untuk membuktikan keupayaan diri, kemenangan itu juga membantu mengharumkan lagi nama MRSM dan Malaysia di persada dunia, khususnya dalam arena penciptaan inovasi baharu.

"Selama hampir dua tahun kami menumpukan tenaga dan kreativiti bagi menghasilkan ciptaan ini dan kejayaan diraih pastinya memberi kepuasan dan kebanggaan kepada seluruh warga MRSM," katanya. - Siakapkeil.my

**Antara rekaan menarik pada acara tersebut.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "