Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tan Sri Masih Kawan Dengan Najib Tak?

4 Mac 2016
No Comment

KUALA LUMPUR: "Tan Sri, masih kawan dengan Najib tak?" sebuah pertanyaan yang dilontarkan oleh seorang wakil media kepada bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuatkan suasana sedang media gamat seketika.

Selepas pertanyaan itu, Muhyiddin dilihat tersenyum lebar sambil memandang wakil media berkenaan tanpa berkata apa-apa.

Beliau juga ditanya adakah terdapat kemungkinan mana-mana pemimpin kerajaan dan parti yang bertemunya mengadu tentang isu melibatkan Perdana Menteri itu.

"Ini bukan sesuatu yang luar biasa. Sewaktu saya dalam kerajaan pun beberapa pemimpin dalam parti dan kerajaan berjumpa dengan saya kerana saya orang nombor dua dalam parti.

"Yang menyentuh soal kepimpinan negara, menyentuh soal Datuk Seri Najib, masalah isteri beliau dan lain-lain," katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Menurut Muhyiddin lagi, sebelum ini ramai pemimpin mengadu kepadanya di mana mereka meminta beliau mengatur usaha bertemu dengan Najib dan menegur Presiden Umno itu supaya segala kepincangan dapat dibetulkan, namun katanya, mereka tidak berani berbuat demikian.

Malah katanya, beliau menerima keadaan apabila terpaksa membayar tindakannya mengkritik kepimpinan Najib.

"Sekarang ini mereka bantai sayalah. Tak apa. Kalau saya sebut, nanti mereka malu. Nanti mereka dipanggil Presiden 'kenapa kamu buat begitu?' dan menanggung nasib yang sama seperti saya.

"Tak apa lah mereka duduk bersenang lenang...saya dipecat. Tak apa," katanya sambil tersenyum. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "