Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

#MS181 : Rampas Pesawat EgyptAir Untuk Berjumpa Dengan Bekas Isteri

29 Mac 2016

Cyprus, 29 Mac - Tindakan lelaki yang merampas pesawat EgyptAir MS181 bukannya kerana dia seorang pengganas, namun mempunyai motif peribadi.

Laporan dari Bloomberg mengatakan motif perampas bertindakan sedemikian adalah kerana mahu menyampaikan surat kepada bekas isterinya, seorang rakyat Cyprus yang tinggal di Larnaka.

Lapor Vice News, lelaki berkenaan mahu surat berhalaman 4 muka surat itu diberikan kepada bekas isterinya.

Dalam perkembangan terbaru, lelaki berkenaan dikatakan mahu berjumpa dengan bekas isterinya itu.


Laporan dari Dailymail menyatakan, selain mahu menyampaikan surat kepada bekas isterinya, lelaki itu juga difahamkan mahu perlindungan suaka politik.

Samaha, dipercayai warganegara Mesir berusia 59 tahun, masih lagi menahan 7 krew dan empat penumpang di dalam pesawat terbabit. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "