Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak Maut Ketika Bermain Kasut Roda

23 Mac 2016
No Comment

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita sungguh tidak menyangka yang objek yang dilanggarnya merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anak jirannya.

Kejadian yang berlaku di Kampung Bukit Bayas, Pasir Panjang, kira-kira jam 6.35 petang kelmarin, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas, Siti Sakinah Zanudin, 11, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Menurut cerita, ketikan kejadian kenderaan empat roda jenis Kia Sportage yang dipandu seorang wanita berumur 64 tahun tiba telah membelok ke kiri untuk masuk ke halaman rumahnya.

Setibanya di simpang kiri kawasan rumahnya, wanita yang datang dari arah Kampung Pasir Panjang  terus membelok ke kiri untuk masuk ke kawasan rumahnya serta mendakwa langsung tidak nampak kelibat mangsa ketika itu.

“Bagaimanapun, ketika sedang membelok, pemandu merasakan kenderaan dipandunya seperti bertembung  sesuatu objek lalu memberhentikan segera kenderaan tersebut dan turun membuat pemeriksaan.

“Ketika itulah, pemandu terkejut apabila mendapati seorang kanak-kanak dipercayai anak jirannya yang masih berkasut roda terbaring di bawah kenderaan itu dalam keadaan dipenuhi darah di kepala,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Menurut kata sumber itu, wanita berkenaan yang menyedari telanggar kanak-kanak berkenaan menjadi panik dan meminta bantuan orang kampung yang berada berhampiran sebelum masing-masing membantu mengeluarkan mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "