Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Kanak-Kanak Cedera Di Muka Dan Kepala Dicakar Kucing Di Luar Rumah

22 Mac 2016
No Comment

Seorang ibu melalui laman facebooknya bernama Noora Rakeb telah memuatnaik beberapa keping gambar yang menunjukkan anaknya telah mengalami kecederaan selepas diserang oleh seekor kucing dipercayai kucing liar di luar rumah mereka.

"Mengalir air mata ummi bila tengok keadaan Irfan macam ni. Bercelaru fikiran, macam mana boleh terjadi begini?" rintih ibu berkenaan melihatkan keadaan luka anak kesayangannya di kepala dan muka.

Menurut puan Noora, ketika kejadian anaknya itu bermain diluar rumah dan hendak membeli ais krim sebelum kucing berkenaan melompat kearahnya dan mencakar.

"Irfan sedang bermain di luar rumah, waktu hendak beli ais krim di rumah jiran, tiba-tiba kucing itu melompat terus ke arah Irfan dan mencakar."

"Dah bawa Irfan ke klinik untuk jahit dan diberikan suntikan untuk mengelakkan dari terkena jangkitan kuman, kucing liarkan, saya dah cari kucing itu tetapi entah dah lari kemana, geram.. tengok irfan sedih rasa hati seorang ibu," katanya.










Status itu telah mendapat perhatian netizen di mana ramai yang mendoakan Irfan cepat sembuh, ada juga antara mereka yang merupakan pencinta kucing meminta puan Noora tidak menyalahkan kucing berkenaan sebaliknya tuan kucing.

Ini kerana hashtag puan Noora yang berbunyi  ‪#‎kluummijumpalerkucingtuummisimbahairpanas‬, sedikit menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pencinta kucing namun admin yakin perkataan itu ditulis oleh beliau ketika sedang marah dan beliau tidak bermaksudkan sedemikian kini. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "