Hilang : Gadis Politeknik Viral Sebenarnya Enggan Pulang - Polis
KUANTAN 4 Mac - Kes kehilangan seorang pelajar Politeknik yang viral di media sosial baru-baru ini akhirnya bakal menemukan titik penamat apabila polis mengesahkan pelajar berkenaan tidak hilang, sebaliknya melarikan diri.
Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz, gadis terbabit dipercayai sengaja menghilangkan diri atas faktor tertentu dan kehilangannya tidak berkait dengan sebarang unsur jenayah.
“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kami percaya gadis ini tidak hilang tetapi tinggal bersama kawan-kawannya. Dia sendiri yang enggan pulang.
“Dia tidak pulang ke Polisas dan cuba melarikan diri daripada keluarga,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini, pelajar terbabit kali terakhir dilihat di polisas pada 5 Februari lalu dan sepatutnya pulang ke Terengganu sempena cuti Tahun Baru Cina.
Bagaimanapun, gadis itu tidak muncul-muncul sehingga memaksa bapanya membuat laporan polis pada 8 Feb lalu apabila cubaan untuk menghubungi anaknya gagal kerana telefon dimatikan. - Siakapkeli.my