Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Kesan Pengguna Facebook Sebar Berita Palsu 13 Kanak-Kanak Diculik

6 Feb 2016
No Comment

Pihak Polis Di Raja Malaysia kini dilaporkan sedang mengesan seorang pemilik facebook yang dipercayai menyebarkan berita palsu kononnya 13 orang murid Sekolah Kebangsaan Bukit Pasir di Muar yang diculik Rabu lepas, sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan ibu bapa serta masyarakat, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata mereka terlibat menyebarkan berita palsu berkenaan diminta segera menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan.

"Kejadian yang didakwa oleh pengguna Facebook pada Rabu adalah tidak benar kerana siasatan mendapati wanita berusia 46 tahun itu hanya membawa 13 murid sekolah itu bersiar-siar sebelum menghantar mereka semula ke sekolah.

"Pihak polis telah menyerahkan wanita tersebut kepada pasukan perubatan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan disahkan mempunyai rekod masalah mental," katanya ketika dihubungi semalam.

Media semalam melaporkan seorang wanita yang dipercayai kurang siuman telah membawa 13 orang pelajar sekolah berkenaan bersiar-siar dengan kenderaannya sebelum menghantar mereka ke sekolah.

Beliau bagaimanapun menafikan kejadian itu sebagai kes penculikan seperti yang tersebar luas di laman sosial dan meminta agar pengguna Facebook lain khususnya ibu bapa supaya berhati-hati.

Azman berkata kes itu kini sudah dianggap selesai namun kecewa dengan sikap beberapa pengguna laman sosial yang masih menyebar berita tidak benar.

"Tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh beberapa pengguna laman sosial Facebook hanya akan menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk setempat," tegasnya.

Beliau menasihati orang ramai terutamanya pengguna media sosial supaya lebih matang dan bertanggungjawab dalam mendapatkan kesahihan berita terlebih dahulu dan bukan mengambilnya dari sumber khabar angin sehingga boleh mengganggu siasatan sesuatu kes. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "