Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ketahui 5 Tips Ini dan Kentut Anda Tidak Akan Lagi Berbau Bangkai

3 Mac 2016



Tidak kira tua dan muda, lelaki dan wanita, semua tahu tentang sejenis angin yang keluar mengikut bahagian belakang badan masing-masing. Kentut.

Mungkin ramai yang tidak suka dengan kentut namun sekiranya anda terkentut 13-21 kali sehari, itu tanda anda seorang yang sihat.

Tapi tahukah anda biasanya diklasifikasikan kepada dua, satu kentut berbunyi kuat dan satu lagi kentut yang tiada bunyi? Dan benarkah kentut kuat tidak berbau dan kentut tiada bunyi berbau?

Secara amnya, ia benar.

Ini kerana kentut yang kuat terhasil daripada gas-gas yang kita sedut menerusi hidung dan gas-gas ini tidak berbau.

Kentut yang perlahan pula terhasil dari gas-gas yang dihasilkan oleh bakteria menerusi makanan di dalam perut anda. Disebabkan itu, kentut yang perlahan biasanya berbau.

Jika anda terkentut kuat tapi masih lagi berbau, itu bermakna kedua-dua gas itu sudah bercampur ataupun gas dari luar itu sudah berada terlalu lama di dalam usus.



Bakteria di dalam colon menghasilkan gas dari makanan. Foto : Youtube.
Untuk mengurangkan masalah kentut busuk, ini antara tips-tips yang boleh anda ikuti :

1 - Kunyah makanan sebaiknya sebelum telan

Apabila makanan memasuki sistem pencernaan untuk diproses, ia akan cuba 'mengisar' makanan itu menjadi serpihan yang lebih kecil. Jadi, jika anda mengunyah makanan dengan sebaiknya, kuranglah sisa makanan yang akan dihantar ke usus besar; tempat dimana gas-gas busuk itu dihasilkan. Selain itu, ia juga akan membantu badan anda lebih efisyen dalam memproses makanan.


2 - Jangan sesekali makan makanan/minuman tercemar

Jika anda memakan makanan/minuman tercemar, sistem pencernaan anda akan terganggu sekaligus menyebabkan makanan itu tidak dapat diproses dan terus dihantar ke usus besar. Dan apabila sampai di usus besar, bakteria akan mula menghasilkan gas yang banyak. Jadi tidak hairanlah mengapa anda banyak mengeluarkan kentut berbau pelik ketika sakit perut.


3 - Amalkan produk kesihatan (dalaman)

Untuk membantu badan kita mencerna makanan dengan baik, anda bolehlah menggunakan produk kesihatan seperti InnerShine® Prune Essence.

Produk Innershine mengandungi jumlah fiber yang tinggi, elemen yang penting untuk usus besar kita dan fiber boleh membantu anda mengurangkan masalah kentut berbau dengan melancarkan usus melalui  kandungan buah prun dan agen pencegah maltodextrin yang terdapat di dalam produk ini.

 Jadi dengan bantuan fiber ini, gas-gas  menyebabkan kentut anda berbau seperti 'bangkai' busuk itu mungkin boleh dikurangkan bau busuknya.


Sekiranya anda seorang yang sibuk, dan tiada masa untuk memikir soal diet anda, InnerShine® Prune Essence plus Camu Camu adalah jawapan buat anda.

Dengan sistem pencernaan yang baik dan usus besar yang lancar, kuranglah bau 'bangkai' pada kentut anda.

Ingat, lagi cepat angin dalam perut anda keluar, maka lagi kuranglah bau busuknya.


4 - Kurangkan makanan tinggi kandungan sulfur

Tak dinafikan makanan harian kita ; seperti daging, sayuran, buah-buahan ; mengandungi sulfur. Sebolehnya kurangkan makanan yang mengadungi jumlah sulfur yang tinggi terutamanya kekacang.

** Sulfide sebahagian dari sulfur.


5 - Banyakkan 'melabur' atau paling kurang pun sekali sehari.

Pastikan juga anda melabur paling kurang sekali sehari. Ini kerana dengan melabur, segala gas-gas yang terperangkap di dalam badan anda dapat dibuang, dan yang lebih penting, ianya dilepaskan di dalam tandas, bukan di tempat awam.

Dan sekiranya anda mempunyai masalah untuk membuang air besar, boleh juga gunakan produk InnerShine® Prune Essence plus Camu-Camu untuk  melancarkan perjalanan pelaburan anda.#NakLawaKenalah Melabur. — Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "