Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar & Video) Kanak-Kanak Afghanistan Ini Akan Bertemu Lionel Messi Setelah Gambarnya Viral

5 Feb 2016
No Comment


KABUL, Afghanistan: Persatuan Bola Sepak Afghanistan merancang untuk membuat satu pertemuan antara Lionel Messi dan peminat ciliknya yang berusia lima tahun, Murtaza Ahmadi yang menjadi sensasi internet baru-baru ini.

Sebelum ini, gambar Ahmadi yang memakai baju Messi dengan menggunakan beg plastik menjadi viral apabila ia menyentuh perasaan orang ramai.

Jurucakap persatuan tersebut, Sayed Ali Kazemi kelmarin berkata mereka berharap Messi boleh datang ke Afghanistan untuk melawat kanak-kanak itu.

Sekiranya Messi tidak dapat datang ke Afghanistan, mereka akan menguruskan untuk menghantar Ahmadi ke Sepanyol, atau mengatur pertemuan di negara lain.

Gambar Ahmadi bermain bola berdekatan rumahnya di timur Wilayah Ghazni sebelum ini tersebar secara meluas sehingga mendapat liputan media antarabangsa.

Gambar terbabit memaparkan Ahmadi, bersama beg plastik berjalur biru dan putih - yang seakan sama dengan jersi Argentina - dengan nama "Messi 10" tertulis di belakang dengan marker hitam. - Siakapkeli.my











Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "