Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Duta Malaysia ke Switzerland Meninggal Dunia

3 Feb 2016

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Duta Malaysia ke Switzerland, Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor dilaporkan meninggal dunia di Bern di sini pada jam 6.38 pagi waktu tempatan (1.38 tengahhari waktu Malaysia) hari ini.

Allahyarham yang berusia 57 tahun dilaporkan meninggal kerana barah hati.

Kenyataan dari Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Bern dengan bantuan Perwakilan Tetap Malaysia di Geneva, kini sedang menguruskan jenazah Allahyarham untuk di bawa pulang ke Malaysia.

"Kementerian Luar mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham, Datin Anna Amalina Imam Baweh, dan lima anak mereka.  

"Semua jasa dan khidmat Allahyarham demi agama, bangsa dan negara sepanjang 32 tahun akan sentiasa dikenang," kata kenyataan itu.

Mohd Zulkephli mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1984.

Sebelum dilantik sebagai Duta Malaysia ke Switzerland, Allahyarham pernah bertugas sebagai Duta Malaysia ke Tuerkmeninstan dari 2011 hingga 2013 dan Duta Malaysia ke Libya dari 2009 hingga 2011. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "