Lelaki Menyamar Jadi Polis Untuk Halang Bapa Kunjungi Pusat Pelacuran
JIANGSU - CHINA: Seorang lelaki yang bersasal dari Changzhou, Wilayah Jiangsu telah ditahan oleh pihak polis selepas dia dipercayai telah menyamar sebagai polis khas.
Guo dikatakan berbuat demikian adalah sebagai cara untuk menghalang bapanya daripada terus mengunjungi pusat pelacuran.
Memetik laporan CCTVNews,, lelaki berkenaan ditahan oleh pihak berkuasa ketika beliau sedang meronda dengan memakai baju polis yang dibelinya di atas talian.
Dia kelihatan meronda disekitar rumah pelacuran sambil mencari bapanya yang dikatakan sering meminta duit darinya untuk mengunjungi rumah maksiat berkenaan,
Kelibatnya mula terbongkar selepas seorang lelaki melaporkan kepada pihak berkuasa kerana baton elektrik yang dipakai Guo berkenaan menakutkan anjing miliknya.
Berdasarkan undang-undang di China, orang ramai yang menyamar sebagai petugas negeri akan dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada tiga tahun, tahanan jenayah, pengawasan awam atau dirampas hak politik. - Siakapkeli.my